"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UMNO,MIC Terkejut! Bila Bala bertakbir

Saiful Bahri

Bersama-sama ribuan peserta menghadiri perarakan calon bagi mengiringi calon Pas, Hasannuddin ke pusat penamaan calon di Bandar Temerloh. Penulis berkesempatan masuk ke pusat penamaan calon. Ketika nama-nama calon diumumkan oleh pihak SPR, bergemalah teriakan sokongan kepada calon masing-masing.

Ketika Syed Ibrahim diumumkan secagai calon BN mereka meneriakkan “Satu.. Malaysia, Satu! Malaysia. Tercongkenglah jari telunjuk mendongak langit menggambarkan satu Malaysia.

Apabila nama Hasanuddin pulak diumumkan diteriakkan “Takbirr!.. Allahuakbar. Takbir!... Allahuakbar” Bala yang merupakan Timbalan Pengerusi DHPP Pusat (Dewan Himpunan Penyokong Pas) beserta beberapa orang india yang turut hadir dalam majlis tersebut turut bertakbir, “Allahuakbar! Allahuakbar” sambil menunjukkan isyarat 2 jari, iaitu nombor yang akan dicetak dikertas undi.

Pemimpin UMNO terkejut dan sempat menyuarakan kepada Palanivel selaku Pengerusi MIC yang turut hadir mengiringi calon UMNO-BN. Ish.. tengok tu. India pun takbir jugak pe? Bala menjawab? Tak de salah? Salah ke? Palanivel tersengeh aje. Tak terjawab apa-apa. Bungkam. Terkejut beruk kot!. Bagi UMNO, memanglah terkejut. Sebab UMNO-BN berfahaman, kalimah Allah hanya boleh disebut oleh orang Islam. Macammana orang bukan Islam bertakbir jugak ni. Tentu lepas ini akan direport lagi ke pihak Mufti. Susah pulak nak layan kerenah pemimpin UMNO ni.
Justify Full
Apapun perarakan kali ini berjalan dengan baik tanpa ada sebarang kekecohan. Penulis pun tunggu jugak kot-kot MB Pahang nak ulang feel perangai buruk beliau semasa mengiringi penamaan calon di PRK Sanggang dahulu yang menunjukkan isyarat lucah. Alhamdulillah MB Adnan Yakob sudah bertobat. Dia tidak mengulanginya lagi kini. Mungkin dah tua-tua agaknya, segan kepada rakyat yang kini telah mempunyai akses maklumat yang pelbagai. Tak pasal-pasal dok kat Wall FB kan.

Penulis sempat mengambil foto dengan seorang anak muda dari Kuantan yang mencuri hati penulis. Betapa cekal beliau yang turut sama berarak mengiringi calon. Sedangkan fizikalnya mengaharuskan beliau untuk menguzurkan diri. Tetapi beliau tidak mengambil ruksah tersebut bahkan turut sama orang ramai mengambarkan sokongan padu kepada perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas. Hah! Kepada yang takde uzur syarie, dok lepak aje kat rumah tu! Apa rasa anda???

“Perjuangan adalah perlaksanaan Kata-kata” Semoga beliau dianugerahkan daya istiqamah, InsyaAllah!

http://ustsaifulbahri.blogspot.com/

Tiada ulasan: