"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mayat Wanita Separuh Bogel Dijumpai Dalam Longkang

GEORGE TOWN: Mayat seorang wanita separuh bogel di jumpai dalam sebuah longkang berhampiran kawasan pembinaaan Gurney Paragon, di Persiaran Gurney di sini, Sabtu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata mayat wanita rakyat tempatan berusia dalam lingkungan 40-an itu ditemui pada pukul 3.10 petang berhampiran pondok pengawal di kawasan itu.
"Mayat wanita itu ditemui di dalam longkang sedalam satu meter dengan hanya memakai coli dan berseluar dalam. Terdapat kesan calar di bahagian badan. Tiada dokumen pengenal diri ditemui," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata mayat wanita, yang identitinya belum dikenalpasti, dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Sementara itu, K. Thinagaren, 40-an berkata beliau melihat satu objek putih tersangkut di tebing longkang berhampiran pondok pengawal kawasan berkenaan.
"Wanita itu berambut pendek. Pada mulanya saya ingat lelaki," katanya. 
-Bernama-

Tiada ulasan: