"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bila Pilihan Raya Umum Ke 13? - MSO

Mohd Sayuti Omar
Pilihan raya Sarawak sudah selesai. Taib Mahmud dah selamat untuk terus berkuasa, tidak siapa boleh ganggu dan persoal lagi. Kemenangan beliau adalah mutlak, walaupun hilang lapan kerusi tetapi wibawa kerajaannya tidak terganggu. Ketua Menteri 30 tahun itu tidak perlu gundah dan gerun kepada sesiapa lagi. Beliau boleh mengunjurkan kekayaan dan melakukan kemewahan seberapaa banyak  yang diingininya, tiada siapa lagi boleh menghalang.

Mandat yang diberikan rakyat akan diguna sepenuhnya. Mungkin Cina dan sedikit Iban akan menangis dan sedih atas kemenangan Taib tetapi Melayu dan Melanau masih bergembira kekayaan Taib adalah kebangaan mereka juga. Bagi Melayu kerakusan Taib tidak memberi kesan kepadanya asalkan Sarawak diperintah oleh orang Melayu.

Dengan kemenangan semalam juga Najib Razak tidak boleh berkata apa kepada Taib. Ternyata Taib kini lebih hebat daripada Najib. Najib tidak boleh cakap banyak kerana Taib sudah mendapat mandat baru yang besar. Persoalan kini bagai mana dengan Najib? Najib belum boleh duduk selesa kerana mandat yang ada ada adalah pesaka dari Abdullah Badawi.

Apakah Najib akan segera memanggil pilihan raya umum ke-13 Najib mengambil peluang atas kemenangan di Sarawak untuk mendapat mandat baru? Ada kemungkinan. Najib dan BN kini sudah benar-benar selesa. Najib boleh mengira kalaulah orang Sarawak masih sayang kepada PBB maka begitu juga dengan orang Melayu Semenanjung masih sayang dan merasakan Umno kena terus disokong untuk meneruskan pemerintahan.

Bilakah Najib akan mengadakan pilihan raya? Ada mengatakan tempoh sesuai ialah antara Jun sampai September. Setengah logistik dan persiapan sudah pun dilengkapkan. Dengan kemenangan BN Sarawak semalam saya yakin Najib kini sedang mencari tarikh dan cerlak sesuai untuk diadakan pilihan raya.

Kepada pembangkang jangan berlengah dan mendakap diri lagi jentera pilihan raya disemua peringkat hendaklah digerakkan mula sekarang. Jangan tunggu saat-saat akhir. Kalaulah pembangkang masih tunggu dan lihat tak mustahil pilihanraya ke 13 ini boleh menyebabkan pembangkang akan menyesal dan menangis tidak berlagu. Jangan perkecilkan kekuatan dan senantiasa sedar akan kehebatan strategi BN.
http://msomelayu.blogspot.com/

Tiada ulasan: