"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Simpanan RM3,000 lesap dicuri melalui online

MENTAKAB: Kes kehilangan wang simpanan dalam bank bukanlah perkara baru kerana sudah ramai pengguna menjadi mangsa kepada pencuri yang tidak dikenali, namun hingga kini masih belum ada jalan penyelesaian. 

Terbaru, seorang pengguna, Khairul Anuar Mat Noh, 39, berkata, pada 11 April lalu, dia memasukkan cek bernilai RM3,000 ke dalam akaunnya di sebuah bank di bandar ini. 

Menurutnya, pada 13 April lalu pula, dia sekali lagi ke bank itu untuk menyemak baki sama ada cek itu sudah dimasukkan pihak bank. 

“Saya ke bank itu dengan harapan melihat baki wang dan mahu mengeluarkannya. Tetapi, pada hari itu kad saya tidak dapat digunakan. Saya hairan berikutan kad mesin juruwang automatik (ATM) itu tidak dapat membuat sebarang transaksi. 

“Kemudian, saya berjumpa dengan pegawai bank di kaunter untuk bertanyakan mengenai kad saya itu. Lalu, pegawai itu membantu saya menyemak baki dalam akaun,” katanya kepada Sinar Harian. 

Khairul Anuar berkata, selepas membuat semakan, pegawai itu memberitahu wang dalam akaunnya sudah tiada kerana ada seseorang yang mengeluarkannya pada hari yang sama kira-kira jam 7.44 pagi. 

Menurutnya, dia begitu terkejut kerana diberitahu ada seseorang yang mengeluarkan wang itu menggunakan sistem dalam talian (online) dan ditukarkan ke bank lain. 

“Saya memang terkejut dan tidak puas hati mengenai perkara ini. Saya seolah-olah sudah hilang kepercayaan untuk menyimpan wang dalam bank. 

“Saya juga kesal berikutan pihak bank menyalahkan saya kerana cuai, sedangkan saya tidak pernah memberikan kata laluan kad ATM kepada mana-mana pihak,” katanya. 

Selepas kejadian itu, Khairul Anuar membuat laporan di balai polis Mentakab dan berharap pihak bank bertanggungjawab dengan memulangkan semula wang itu.

-sinarharian-

Tiada ulasan: