"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terbayang berakhirnya zaman

cucupakkasim
Antara tanda-tanda dunia akhir zaman ialah ... manusia akan mati beramai-ramai, ini semua orang tahu, sekali mati tiga empat ratus orang, sekali mati seribu dua ribu orang dan paling baru lebih dua puloh ribu orang mati di Jepun. 

Manusia akan berebut-rebut membina banggunan yang tinggi-tinggi yang mencakar langit, ini pun orang semua tahu.

Orang susah, orang miskin akan jadi kaya-raya dengan tiba-tiba. Yang ini orang tak tahu sebab hanya dua tiga kerat orang saja yang perasan akan elemen-elemen dunia akhir zaman ini bila seorang tukang sapu jalan majlis perbandaran Pulau Pinang ini tiba-tiba jadi jutawan bila terserempak dengan seorang saudagar dari negara China yang bertanyakan satu kawasan tanah kosong berbukit di kawasan Batu Feringghi milik siapa. 

Dan dengan sedikit usaha dan berpenglaman sebagai 'broker angin', si tukang sapu ini telah berjaya menjejak tuan punya tanah ini, selepas dua tiga minggu maka berlakulah urusan jual beli tanah berbukit ini, 'and guest what??', komisyen yang telah berjaya diperolehi oleh si tukang sapu ini selaku 'broker' adalah sebanyak 1 juta ringgit dan dengan sekelip mata sahaja dia telah menjadi 'one night millionaire'. 

Maka disini lah kebenaran seperti yang di dalam Al'Quran, orang miskin,orang susah tiba-tiba menjadi kaya raya.

Juga antara tanda-tanda akhir zaman ialah bila para ulama dan bijak pandai tentang hukum-hakam agama akan bertelagah sesama mereka untuk menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Ini pun semua orang tahu bila Mufti negeri Perak telah mengharamkan tarian 'poco-poco' manakala Senator Ustazah (yang semakin hari semakin mengancam) pula cuba menghalalkannya dengan berkata tarian 'poco-poco' ini hanya tarian yang berbentuk sebagai satu senaman sahaja.

Gurkah-gurkah politik di'port' tak mahu bincang tentang hal-hal agama ini, yang mana yang halal dan yang mana yang haram sebab gurkah-gurkah ini pun kadang-kadang kencing pun lupa nak basuh. Jadi kesimpulannya bagi gurkah-gurkah ini ialah, ada otak pakai jangan simpan dalam almari atau simpan dalam poket seluar. Sebabnya kalau dah pening-pening nak memikir 'just go back to basic', percaya kepada rukun iman dan rukun islam habis cerita.

dollah yankee -
1- Lihat lah perjalanan gempa bumi ini ... dari Jepun menuju ke Myanmar kemudian ke New Zealand.
2- Sedang menunggu perang besar antara orang-orang islam dengan orang-orang kafir. 

Tiada ulasan: