"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mohamed Hanipa Maidin : Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah buat lawak

tun_telanai
Saudara Mohamed Hanipa Maidin menulis dalam blognya secara sinis menempelak Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah kerana terlalu cepat membuat keputusan memutuskan saksi tunggal Saiful merupakan seorang saksi yang "benar" dan "berwibawa."

Secara tidak langsung beliau telah menjatuhkan hukuman terlebih dahulu(sebenarnya hukuman sudah ada di tangan hakim ini yang diskripkan oleh Ghani dan Zaki Azmi atas arahan Najib-dia hanya membaca saja-dalilnya saksikan keputusan SDR yang menyiasat kes Video tape Linggam) sebelum kes pembelaan diri Anwar berlangsung.

Jadi, proses atau prosiding pembelaan diri Anwar akan menjadi sia-sia, membazir waktu dan wang. Hakim ini tetap dengan keputusan yang telah ditetapkan oleh regim Najib. Nescaya dan pasti dalam waktu prosiding ini berjalan dari 6 hingga 30 Jun ini, beliau tidak akan memberi perhatian yang serious (mungkin dalam waktu tersebut beliau akan tidur nyenyak bermimpikan yang indah-indah yang bakal dinikmatinya nanti. Perlu diingat semua orang yang terlibat dalam kes Anwar dulu, semua mereka telah menerima habuan masing-masing-cukup lumayan).

Walau pun begitu, prosiding ini amat penting untuk dirakamkan dalam jurnal undang-undang Malaysia untuk kajian dan penyedikan masa depan oleh generasi akan datang seperti apa yang terjadi pada kes yang lalu sudah ada makalah dan buku yang diterbitkan bagi membicangkan fakta-fakta yang diselewengkan dan merupakan satu kesilapan penghakiman yang rakyat sendiri telah pun membuat penilaian sendiri.

Yang menjadi lucunya kata Hanipa, sepatutnya hakim (sembunyikanlah sedikit keputusan yang telah dibuat itu baharulah ada ommnya) hanya menyatakan pihak pendakwa telah berjaya membuktikan prima facie dan hakim tidak sepatutnya membuat satu kesimpulan bahawa saksi-saksi pendakwa adalah benar dan berwibawa. Kata-kata itu terkeluar dari mulut hakim tersebut secara tidak sengaja kerana beliau terlalu gembira dengan habuan yang beliau bakal nikmati seperti yang dijanjikan. Selepas ia terlepas cakap, baru dia sedar sepatutnya dia tidak mengeluarkan kesimpulan itu kerana proses belum tamat lagi dan kesan dari ‘ keterlaluan gembiranya itu’ kini telah menjadi perbincangan di kalangan orang-orang yang celik undang-undang seperti saudara kita ini (Mohamed Hanipa Maidin) menunjukkan betapa ‘kegelojohan dan kebodohan’ hakim ini. Hakim ini hanya layak dinobatkan sebagai hakim loyar buruk dan patut dilongkangkan dalam alur najis babi.

Sila baca tulisan Mohamed Hanipa Maidin di SINI

Tiada ulasan: