"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Walau imbuhan dijanjikan, Cikgu-Cikgu akan tetap memilih pembangkang...

heshell
Bersempena Hari Guru pada tahun ini, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin bakal mengumumkan "khabar gembira" buat semua cikgu-cikgu kita di seluruh negara. Kalau tidak hari ini, esok akan diumumkan, harap cikgu-cikgu semua bersabar. Hadiah masih berbalut, belum tahu isi di dalamnya...

Di sekitar tahun 60'an, 70'an, 80'an dan 90'an, masih ramai guru yang menyokong Kerajaan. Namun, selepas tahun 2000, kebanyakkan guru tidak lagi menyokong kerajaan meskipun mereka diberikan pelbagai imbuhan dan ganjaran.

Pada saya, ini semua adalah soal "ATITUDE" cikgu-cikgu kita ini. Cikgu-cikgu kita sekarang tidak sama attitudenya dengan cikgu-cikgu kita dahulu. Cikgu-cikgu sekarang sudah senang banyak, tapi tidak tahu erti menghargainya.

Tiada ulasan: