"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Yvone Ridley ragukan berita gugurnya Osama

Detikdaily
SEORANG penyiar dan wartawan terkenal Inggeris Yvonne Ridley, yang beberapa tahun lalu masuk Islam, setelah dia dibebaskan daripada penawanan kelompok Taliban di Afghanistan, menyatakan keraguannya tentang laporan pembunuhan Osama bin Ladin oleh tentera khas Amerika Syarikat.


"Hanya bahagian yang mudah ditipu oleh orang Amerika yang jatuh ke dalam omong kosong ini sementara seluruh dunia sedang mempertahankan akal sihat mereka setelah berita bahawa pemimpin Al-Qaeda tersebut gugur dalam suatu kompleks di Abbottabad," kata Ridley

"Apa yang saya ingin tahu adalah mengapa mereka membuang jenazah Osama di laut, bukankah dengan demikian menghilangkan setiap bukti penting?" dia bertanya.

"Orang tidak lagi percaya apa pun yang keluar daripada Rumah Putih sejak kami semua dibohongi tentang keberadaan senjata pemusnah massal (WMD) di Iraq," katanya.

Wartawatan Inggeris tersebut menyatakan keraguannya tentang laporan gugurnya Osama dalam sebuah wawancara eksklusif dengan Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA).

"Berita ini tentu menghentikan orang berfokus pada dan berbicara tentang hal kelahiran Barack Obama - isu yang menjadi gangguan besar bagi Presiden Amerika yang sedang melakukan kempennya untuk masa jabatan kedua," katanya.

Kematian Osama, tegas beliau, "hanya untuk melanjutkan masa jabatannya untuk kedua kali di kantor (pejabat) presiden, dilihat daripada pertunjukkan histeria yang agak tidak terkendali oleh massa berkumpul di New York Times Square, Ground Zero dan tempat-tempat lain."

Ridley mengatakan bahawa pada bulan Oktober 2001, Menteri Luar Negara Taliban menawarkan untuk menyerahkan pemimpin al-Qaeda tetapi "kenyataannya adalah bahawa Amerika memerlukan sebuah alasan untuk pergi (memasuki) Afghanistan."

"Obama memberikan alasan bahawa dengan kata lain mereka boleh menghindari perburuan termahal di dunia selama 10 tahun terakhir, Perang sia-sia terhadap keganasan dan bencana perang di Afghanistan yang menghilangkan puluhan ribu jiwa," katanya.

Dia percaya bahawa hal itu juga ironi bahawa Obama sekarang perlu alasan untuk menarik diri dari Afghanistan setelah 10 tahun perang sia-sia di sana.
Sementara itu laporan dari Wellington, New Zealand, menyebut seorang ahli politik Maori di negara itu memuji pemimpin Osama sebagai pejuang kemerdekaan yang membela bangsanya.

Anggota Parlimem bebas Hone Harwira mengatakan, aspek-aspek positif daripada kehidupan Osama perlu diakui dan mendesak orang tidak mengutuk pemimpin Al-Qaeda itu, yang didakwa Obama maut ketika pasukan khusus Amerika menyerbu kompleks tempat tinggalnya di Pakistan.

"Kami tidak mendengar apapun kecuali hal-hal yang negatif tentang dia daripada Amerika, tetapi dia berjuang bagi penentuan nasib sendiri bangsanya dan bagi keyakinan-keyakinannya," kata Harwira kepada stesen televisiyen berbahasa Maori. –voa-islam.com

Tiada ulasan: