"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

KEADILAN Selangor kesal polis halang program JELAS di Kuala Langat

SHAH ALAM: KEADILAN Selangor kesal dengan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Langat yang menghalang majlis penerangan Jelajah Selangor Tawan Malaysia (JELAS), hari ini.
Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei, pihak polis sudah menempatkan anggota dan trak pasukan Gerakan Am, bagi menghalang program yang bakal diadakan di Dewan Orang Ramai Kg Bukit Changgang, Kuala Langat itu.
Dalam satu kenyataan hari ini, Shuhaimi turut meluahkan kesesalannya ekoran kesombongan Timbalan dan Ketua Polis Daerah Kuala Langat yang memberikan alasan tidak munasabah dalam meluluskan permit.

“Tindakan ini adalah bertentangan dengan semangat demokrasi yang diamalkan di negara ini. Sejak bila jumlah kehadiran orang ramai, saiz dewan ceramah dan mengeluarkan nama Anwar menjadi syarat utama untuk meluluskan permit?,” Soal beliau.
“Paling mendukacitakan adalah polis menghadkan kehadiran orang ramai hanya sekitar 400 orang.
“Sebelum ini Jelas sudah diadakan di lima kawasan Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) yang melibatkan penganjuran 12 siri penerangan di mana semua IPD berkaitan memberikan kerjasama amat baik, tetapi di IPD Sepang keadaannya cukup berbeza,” kata Shuhaimi yang juga Adun Seri Muda.
Tegasnya, KEADILAN nekad meneruskan program itu di dewan lain selepas dewan yang dicadangkan dari awal turut disita dengan pita halangan oleh polis sejak semalam.
“Tindakan menghalang ceramah ini  merudumkan lagi pandangan masyarakat kepada polis selain menipiskan terus kepercayaan seluruh masyarakat dunia dalam demokrasi di Malaysia,” kata nya lagi sambil menuntut campurtangan Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Selangor dalam isu itu..
Beliau dalam masa yang sama mengingatkan pihak polis supaya menjaga keselamatan rakyat dan bukannya menjadi boneka mana-mana pihak.
“Jika program di tempat baru ini juga di halang, jelas bahawa polis hari ini sudah menjadi alat suruhan Umno/BN.
“Apa yang boleh di buat rakyat adalah mengantikan kerajaan pusat hari ini dengan kerajaan baru bernama Pakatan Rakyat,” ujarnya sambil menambah perpindahan itu tidak memerlukan permit kerana ia dibuat di dalam dewan yang tertutup.
Antara barisan penceramah yang dijangka hadir dalam program berkenaan ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali serta beberapa pimpinan kerajaan negeri.
Sebelum ini, KEADILAN Selangor melancarkan  Jelas bagi menyampaikan maklumat dan isu terkini kepada rakyat di seluruh cabang KEADILAN di negeri itu, bermula 7 Mei hingga 5 Julai.

Tiada ulasan: