"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas pegawai MB bebas tuduhan menipu

pkr Ahmad Nizam Hamid
Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini membebaskan Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Besar Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri daripada tuduhan menipu Presiden Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB).

Peguamnya Ahmad Nizam Hamid (kiri) mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini sebentar tadi.

Banyak pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik keputusan itu di laman-laman Twitter dan Facebook.

Pada 2 Disember tahun lalu, mahkamah memerintahkan Mohd Yahya membela diri atas tuduhan menipu presiden KDEB berhubung Majlis Sambutan 100 hari Pakatan dua tahun sebelum itu.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Mohd Yahya, 44, dituduh menipu Datuk Abdul Karim Munisar untuk mempercayai bahawa sekretariat Pakatan memohon sumbangan bagi membiayai majlis sambutan itu di Gardenia Coffee House, Quality Hotel di Shah Alam pada 4 Jun 2008.

Pengikut marah

yahya sahri and selangor peopleTertuduh selaku pengarah program acara itu, dituduh dengan curangnya mendorong Abdul Karim untuk menyerahkan wang berjumlah RM50,000 kepada beliau sebagai sumbangan, sedangkan Abdul Karim tidak akan melakukannya sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan disebat dan boleh juga didenda.

Bagaimanapun, Azhaniz Teh melepas dan membebaskan Mohd Yahya daripada pertuduhan menggunakan dokumen palsu iaitu Resolusi Pembukaan Akaun untuk PKR di Maybank Berhad cawangan Bandar Sunway pada 14 Mei 2008 selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie ke atas tertuduh.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.
yahya sahri supporters anwar ibrahim office 250608 03
Azhaniz Teh membuat
keputusan itu setelah mendengar keterangan yang diberikan oleh 28 saksi pendakwaan, termasuk Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sebelum itu, Mohd Yahya yang juga pemimpin kuat PKR Selangor digantung kerja oleh Khalid, menyebabkan pengikutnya marah dan cuba mengheret campurtangan Anwar sekali dalam kes itu.

Tidak berpuas hati dengan perkara itu, Mohd Yahya meletakkan jawatan selepas mengadakan pertemuan empat mata dengan Anwar.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: