"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

DSAI: Bersiap sedialah

modayu
Assalamualaikum ....

Mata ini tak dapat nak tidur walaupun dipejam-pejamkan. Susah plak rasanya nak lelapkan mata kali ini. Tak tahu kenapa, tapi apa yang pasti tetiba aku diberi idea oleh Allah yang mencurah-curah yang terpaksa juga aku bangun untuk menulisnya juga disini.

Entahkan benar entahkan tidak, yang penting aku kena tulis juga beberapa fakta yang aku rasa penting malah ianya amat ajaib sekali jika kita renunginya dalam-dalam. Bila kita selidiki halus-halus perkembangan mutakhir ini, maka dapat disimpulkan bahawa kuasa manusia dan kuasa Allah, hanya Allah sahaja yang mampu melenyapkan kuasa manusia yang rakus dan tamak haloba ini. Mengapa tajuk DSAI: Bersiap sedialah diberi nama? Mari kita lihat mengapa DSAI harus bersiap sedia.

Ilham yang aku dapat pada malam ini adalah berkenaan sejarah DSAI dan macamana Allah aturkan perjalanannya sehingga kesaat ini malah mungkin keperingkat yang lebih tinggi lagi insyaAllah. 

Semasa beliau diperingkat pelajar sehingga mengetuai ABIM, sinar politik beliau begitu menyerlah. Beliau ini begitu arif dengan permasalahan masyarakat setempat dan hatinya dengan orang kampong amat kuat dan rapat. Gaya percakapan dan perbahasan amat memberi keyakinan kepada sesiap yang mendengarnya. Ketika kemuncak mogok lapar diBaling Kedah pada tahun 70an, dimana DSAI mengepalai kempen tersebut agar kerajaan membela nasib rakyat disana yang kebuluran dan kekurangan makanan. Disebabkan kes tersebutlah, maka DSAI dipenjarakan agar beliau tidak lagi menghasut rakyat melawan kerajaan ketika itu. Disini logik yang pertama yang kita harus ambik perhatian adalah, DSAI telah dipenjarakan. Bermaksud kerajaan mahu matikan watak DSAI dari pentas politik negara bukan? Adakah perancangan mereka berjaya?Fikirkan. . 

Setelah dibebaskan daripada penjara, sinar DSAI tetap bergermerlapan malah lebih memancar. Masakan tidak memancar sehingga Dr M sendiri memujuk DSAI kedalam UMNO. Bagi Dr M, dengan memasukkan DSAI kedalam UMNO, ianya akan memanjangkan lagi jangka hayat UMNO dipersada politik negara. Dan ianya terbukti sehingga kini UMNO masih lagi bertahan dalam kerajaan hari ini. Sekira DSAI tidak menerima pelawaan Dr M ketika itu, rasanya kita pada hari ini mungkin diperintah oleh parti yang lebih hebat dari parti yang memerintah sekarang. Walaupun DSAI mengkhianati perjuangan rakan-rakannya diABIM dan PAS ketika itu, sahabat-sahabatnya tetap mendoakan agar DSAI selamat pergi dan selamat kembali. 

Didalam UMNO, DSAI mendaki tangga kepuncak begitu cepat dan menakjubkan. Misi perjuangan beliau tidak dapat dibendung oleh sesiapa didalam UMNO itu sendiri. Dengki khianat dan pelbagai ragam didalam parti itu telah ditempoh dengan tenangnya oleh beliau. Sehinggakan beliau berjaya menjawat jawatan pemangku perdana menteri selama beberapa ketika. Ini bermakna hanya menunggu masa sahaja untuk beliau menjadi PM yang sebenar. Tapi Allah Maha berkuasa dan Allah telah tidak izinkan beliau menjadi PM. Hanya Allah sahaja yang mengetahui mengapa Dia lakukan begitu. Mungkin ada hikmah yang lebih menanti dihujung sana. 

Sessi untuk mematikan watak DSAI berlaku untuk kali kedua agar beliau tidak berjaya menjadi PM yang ke5. Pelbagai jentera perang dan para pengikut parti berpakat dengan gigihnya agar DSAI tidak benar-benar menjadi PM. Ini kerana mereka percaya bahawa jika DSAI menjadi PM maka habislah periuk nasi mereka yang selama ini mereka ratah dari dapur negara. Mereka mengetahui bahawa DSAI bukan jenis yang leka dengan wang ringgit ini. Maka demi untuk menguburkan kerjaya politik beliau, fitnah berkenaan akhlak dicipta. Dengan fitnah yang menggila iaitu tuduhan meliwat dan pelbagai macam benda buruk dilakukan keatas DSAI. Jika sekali pandang, dengan tuduhan tersebut sudah pasti DSAI boleh berehat dipenjara buat selama-lamanya. Adakah perancangan mereka itu berjaya seperti yang mereka harapakan?Atau Allah telah merancang yang lebih ajaib daripada itu? Pelik tapi logik. . Lihat bagaimana keajaiban kedua ini tetap berlaku. Dengan terpenjaranya DSAI buat kali kedua disebabkan fitnah yang direka itu, maka PR(PKR, DAP dan PAS) mendapat memerintah negeri setiap satu iaitu Selangor untuk PKR, Penang untuk DAP dan Kedah untuk PAS sementara Perak berkongsi bertiga sekali walaupun sekejap. Kelantan tetap kekal ditangan PAS. Pelikkan. Sepatutnya setelah direka bermacam cerita buruk tentang DSAI, maka prestasi PR pasti terbenam. Ini tidak, apa yang mereka rancangkan tetap tidak menjadi malah memberi lagi kelebihan kepada DSAI menyinar diarena politik negara. 

Sekarang, DSAI diaibkan lagi. kali ini memang lagi gila dibuatnya. Belum habis kes liwat, mari plak kes video seks. Puak-puak yang mereka cipta fitnah ini pasti berpuas hati kerana DSAI pasti akan terjerat dan akhirnya berkubur dengan PR nya pada kali ini. Mereka masih tidak nampak bagaimana Allah susun perancanganNya sehingga berjaya menafikan 2/3 kuasa UMNO diparlimen disebabkan fitnah mereka yang tidak menjadi. Cuma kali ini apa yang tergerak dihati kecil ini ialah jika DSAI dipenjara buat kali ketiga disebabkan fitnah yang direka ini, maka bersiap sedialah untuk menerima keajaiban yang ketiga yang mana kita semua nantikan selama ini. Daripada sebuah negeri iaitu kelantan, kini menjadi 4 negeri tidak termasuk PErak yang dirampas secara pintu belakang, dan juga KL yang dikuasai PR 90%, Negeri sembilan yang tidak mendapat 2/3 kerusi oleh BN. Hanya ayat 'BERSIAP SEDIALAH' untuk kemungkinan keajaiban yang ketiga ini berlaku, InsyaAllah. 

Mereka merancang dengan liciknya dan tanpa jemunya, Allah juga merancang dengan KuasaNya. . Semakin dicerca hamba Allah itu semakin bersinar jalan kejayaan nya. . Mana tau mungkin negara kita akan mendapat seseorang yang menjadi PM dengan hanya keluar dari penjara seperti terjadi pada Nelson Mandela diAfrika Selatan. 

Walluaklam. 

Md Daud Yusri Fie Alhutan Melintangi

Tiada ulasan: