"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Rogol' amah: Polis siasat Tenaganita

NONEEmpat bulan selepas pembantu rumah Indonesia menafikan beliau dirogol oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, polis kini menyiasat NGO Tenaganita kerana menyiarkan semula kenyataan berkaitan dakwaan itu.

Minggu lalu, ibu pejabat polis daerah Ampang menghantar faksimili kepada Irene Fernandez, -- pengarah eksekutif NGO hak pekerja asing itu -- supaya kenyataannya dirakamkan.

Irene kemudian bersetuju menemui polis di pejabat Tenaganita pada 3 petang ini. Bagaimanapun pegawai terbabit tidak muncul.

Menurut surat yang ditandatangani pegawai peyiasat jenayah kanan ASP Norfidawati Othman, polis diarahan oleh Pejabat Peguam Negara untuk merakamkan kenyataan Irene ekoran penyiaran semula kenyataan NGO Indonesia Migrant Care.

NONESurat itu, yang ditunjukkan Irend dalam sidang media di pejabatnya hari ini, mendakwa Tenaganita menyiarkan semula kenyataan itu pada 26 Disember atahun lalu selepasWikileaksmendedahkan dokumen siasatannya.

Ia juga menyifatkan dakwaan terhadap Rais sebagai tohmahan.

Irene mengaku Tenaganita terliabt mengeluarkan semula kenyataan itu dalam laman rasminya tetapi menafikan ia dimuat pada tarikh yang dinyatakan.

Kenyataan Migrant Care bertarikh 1 Ogos 2007 menggesa siasatan dijalankan terhadap dakwaan rogol itu.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: