"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

RON 95 naik, rakyat bersedia tukar kerajaan

Hafizi Pauzi

PARIT BUNTAR, 19 Mei: Pengerusi Idham Care, Drs Khalil Idham Lim (gambar) berkata langkah kerajaan BN membuat pengumuman awal kemungkinan RON 95 bakal dinaikkan harganya telah mencetuskan rasa curiga dan tanda tanya banyak pihak.



“Mengapa semasa kerajaan Umno BN menaikkan harga RON 97 tidak dimaklum sebegini rupa,” katanya.

Menurutnya yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak bahawa kenaikan RON 97 berulang kali tidak dihebah secara meluas sedangkan minyak jenis itu masih digunakan oleh sekelompok rakyat Malaysia serta masih dijual secara meluas.

"Gambaran sebenar kepada isu ini dilhat kepada keraguan pihak kerajaan untuk menghadapi protes rakyat kerana RON 95 lebih ramai penggunanya dan melibatkan kenderaan awam yang memberi risiko kepada kenaikan harga barang lain," katanya.

Menurut beliau lagi, kerana itu BN dilihat sangat berhati-hati dalam perkara ini dan melakukan sesuatu untuk terus menipu rakyat.

“Senario ini telah memberikan kita dua andaian iaitu pertama, ini adalah lakonan pemimpin BN untuk raih sokongan rakyat,” katanya yang juga Adun Titi Serong.

Menurutnya, mereka mungkin menarik semula cadangan itu dengan adanya bantahan dari beberapa orang pemimpin BN dan Pemuda Umno sendiri terhadap kenaikan yang bakal berlaku.

Keduanya, kata beliau rakyat memang akan dikenakan dengan kenaikan harga RON 95 dan alasan yang biasa digunakan untuk mengaburi mata rakyat ialah kerajaan terpaksa menarik semula subsidi yang sedia ada untuk tujuan penstrukturan semula harga minyak.

“Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpesan supaya rakyat bersedia andai berlaku kenaikan harga minyak itu, saya yakin rakyat telah bersedia untuk itu dan saya ingatkan juga kepada pemimpin BN bahawa mereka juga sudah bersedia untuk menukar kerajaan yang sedia kepada Pakatan Rakyat," katanya.

Tiada ulasan: