"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemimpinku, Yahudi, Zionis Dan Barrack Obama

MF OTHMAN
Malam ini saya tidak mempunyai sebarang aktiviti kerana isteri telah tidur awal. Aktiviti yang telah dirancang pada mulanya - telah dibatalkan secara tiba-tiba apabila tiba-tiba pula isteri saya telah men ‘zzzz' dirinya secara sengaja. Saya masih sedang menyiasat adakah ini lambang protes ataupun sememangnya dia letih selepas mengambil Kacip Fatimah. Haha. Kah kah kah.

Akibat tidak mempunyai sebarang aktiviti yang rasanya boleh mendatangkan duit ( kerana saya memang seorang yang gilakan duit ) dan pada masa yang sama boleh menghilangkan nafsu saya - saya telah memutuskan untuk membuka web Obama. Aik?. Tak dapat. Saya membuka pula laman web white house. Aik?. Lagi tak dapat. Saya buka lagi web NASA kerana saya menyangkakan pada mulanya NASA yang terlibat didalam operasi pembunuhan secara terancang Osama baru-baru ini... 

Sebelum sempat habis menaip perkataan NAS....saya telah dibetulkan oleh anak saya yang berusia 4 tahun bahawa yang membunuh Osama bukannya NASA tapi pasukan SEAL. Terima kasih kepada pak cik google yang telah memberitahu anak saya tentang......Apa?!, Oooo....rupa-rupanya anak saya itulah yang telah menggodam computer saya sehingga laptop saya telah kehilangan stiker blu-ray an nvidia geforce with cuda - untuk melihat cerita secara 3D!. 

Hadooooi.....kepala lutut hadoi. Bertuah punya anak!...

Hah?. Tak faham apa itu nvdia geforce with cuda?.Tak tahu istilah blu-ray?. Itulah... Mahathir suruh pergi ambil kursus IT dekat universiti, yang ko g ambil kursus lipat kain tu, buat apa!. Kan sekarang dah jadi lembab akibat selalu kena buli kat bini yang suka menjadi queen control...macam siapa?....Tah. Aku dah tak ingat. 

Orang Sentul dan Gombak cakap, kalau dah lupa - sila ingat kat Badak pundah cukuplah. Kah kah kah. Kalau masih bengap lagi nak faham, sila buka laman web tukartiub.blogspot.com dan anda akan mengetahui siapakah badak yang dimaksudkan.

Jadi, bila sahaja menyedari tentang peristiwa anak saya yang menggodam computer tadi, saya cuba untuk membetulkan keadaan dengan berkata : "Sudahlah tu....buat kerja sekolah tadika adik tu. Habiskan cepat!. Kalau tidak - nanti Obama akan datang menembak kepala kita walaupun kita tidak mempunyai kapak walau satu Malaysia opps!....walau satu bilah pun!'. 

Dan dengan begitu gelabah sekali, dia terus mencari buku latihan abc nya. Dengan tergopoh-gapah dia menulis huruf ‘a' sampai ‘z' - sehingga f menjadi e dan m menjadi w. Huruf s pula kelihatan seperti ular yang tak cukup tidur. Hahaha. Dia kelihatan sungguh panik dan ketakutan sekali. Ini kerana, Obama telah saya jadikan symbol yang jahat untuk menakutkan anak saya agar dia menyiapkan kerja rumah tadikanya itu. Kah kah kah .

Adakah Obama seorang yang baik?. Ketika Obama dipilih menjadi Presiden Amerika yang entah ke berapa entah dahulu, semua orang didunia menyambutnya dengan gembira. Tetapi saya antara manusia yang entah ke berapa juga - didalam dunia ni yang percaya bahawa Osama bukanlah sebaik yang disangkakan. 

Buktinya ialah dia pernah mahu meniru saya didalam peperiksaan akhir semasa pengajian university dahulu. Malah lebih dari itu, dia juga telah cuba untuk melakukan ciplak secara terhormat terhadap ‘assignment' yang telah diberikan kepada kami. 

Namun atas dasar akauntibiliti, kebertanggungjawaban dan ketelusan yang saya amalkan, saya sesekali tidak membenarkan perkara ini berlaku. Dan hasilnya ialah dia telah mendapat keputusan yang GAGAL didalam pengajian subjek anti-keganasan dibawah fakulti ISA. 

Itulah yang menyebabkan dia begitu terdesak untuk membunuh Osama setelah sekian lama memburunya. Sebab itulah saya tak hairan sedikit pun apabila baru-baru ini, kita digemparkan oleh kritikan oleh Donald Trump yang meragui ijazah yang telah diperolehi Obama. Kalau tak kenal Donald Trump, sila ketuk kepala dengan laptop jenama 1Malaysia yang baru-baru ini hampir dicuri oleh pemandu lori yang membawanya. Sekali lagi kah kah kah. 

Mengapa Obama dilihat baik ketika dipilih menjadi Presiden Amerika yang ke xx? (Minta maaf. Saya menggunakan xx sebab saya tak berapa ingat dia adalah Presiden yang keberapa. Yang saya ingat hanyalah xxx - kalau tak faham sila minta maklumat dengan Datuk T). 
Lagi sekali....kah kah kah. 

Berbalik soalan tadi, mengapa Obama dilihat baik?. Jawapannya amat senang. Ini adalah kerana Presiden sebelumnya ialah G.W.Bush adalah seorang yang amat jahat. 

Imej George W. Bush yang boleh disifatkan kaki perang,suka mengugut negara yang tidak menyokongnya dan suka membuli orang yang tidak sebulu dengannya menyebabkan dunia membencinya. Seluruh dunia membencinya. Seluruh penduduk dunia - kecuali anak, isteri dan Menteri kabinet termasuk cabinet dapur - menyampah dengannya. Dunia membuat perbandingan dengan Presiden yang sebelumnya iaitu Bill Clinton yang ternyata lebih baik darinya.

Keadaan ini samalah seperti rakyat Malaysia memilih Pak lah sebagai PM menggantikan Mahathir. Pak lah yang dilihat mempunyai imej yang bersih, alim dan warak menyebabkan dia mendapat kemenangan yang besat didalam PRU ke 11.

Tetapi ternyata Pak Lah mempunyai rekod yang lebih buruk daripada mana-mana pemimpin sebelumnya.

Begitulah juga dengan Obama. Ternyata Obama adalah sama sahaja daripada Presiden yang dikatakan jahat itu iaitu George W. Bush. Menembak Osama dari jarak dekat walaupun Osama tidak mempunyai senjata adalah cerita yang sungguh tidak bertamaddun. Malah, walaupun Osama sudah meninggal dunia, tetapi Obama tetap begitu berdendam dengan mengebumikannya secara tidak mengikut ajaran Islam yang sepatutnya. 

Ini sebenarnya adalah suatu penghinaan, bukan sahaja terhadap Osama sekeluarga tetapi kepada Islam itu sendiri.

Ketika seluruh dunia meraikan kemenangan Obama Presiden Amerika dahulu, sebenarnya atas justifikasi apakah kita harus bergembira dengannya?. Bukankah pelobi yahudi akan memastikan bahawa hanya yang pro mereka akan memenangi jawatan tersebut?. 

Sehingga pernah dikatakan bahawa yang paling berkuasa di Amerika bukanlah Presidennya, tetapi pelobi-pelobi yahudi tersebut. Seseorang itu pasti tidak akan mendapat kerusi Presiden sekiranya dia tidak pro-yahudi dan zionis. Ada riwayat yang lagi ngeri mengatakan bahawa Presiden Amerika sebenarnya adalah dikawal oleh cabinet Israel yang merupakan pusat kepada gerakan zionis. Sebab itulah, segala keperluan Zionis untuk meluaskan jajahan takluk Israel dipenuhi dengan senang hati sekali oleh pentadbiran Obama. 

Tetapi ironisnya kita merasa amat bangga apabila dikaitkan dengan Amerika. Kita bangga apabila baju dan seluar dalam kita dibeli dari Amerika. Kita bangga mempunyai awek dari Amerika walaupun tidak pandai basuh kencing. Kita bangga melancong dan menginap di hotel Amerika walaupun terpaksa menelan batu kerana kesempitan duit. Malah ada yang sanggup mewarnakan rambut dan mengaku mat saleh Amerika!. Hahaha. Memang lawak tahap Cipan.

Tapi, saya berkata begini bukan kerana saya dengki kerana tidak pernah diajak melancong ke Amerika. Saya pernah dijemput. Saya dijemput ke Amerika didalam misi untuk mengumpul bulu peha Hillary Clinton kerana ramai pemimpin Malaysia yang meminatinya termasuk mereka-mereka yang perut buncit dan boroi. 

Lawatan tersebut juga membawa misi lain - yang tidak kurang besar dan hebatnya nya iaitu mengira berapa kalikah Wanita Pertama Amerika iaitu Michelle Obama mengadakan lawatan luar negara setahun - terutamanya ke Negara Timur Tengah seperti Turki dan Arab. 

Ini adalah amat penting agar kita dapat mengetahui dan seterusnya berbangga bahawa Wanita Pertama kita iaitu Datin Seri Kak Ros pun, sebenarnya adalah sama tinggi rendahnya dengan isteri Presiden negara yang paling berkuasa didalam dunia ini. 

Hahaha. Kah kah kah. Siapa yang tak bangga bangat doooonggg!!...kata salah seorang pekerja Indonesia ikat batu-bata di tempat saya bekerja.
Namun, memandangkan ketika itu, saya merasa amat sibuk dengan pembikinan filem terbaru saya yang bakal dipertandingkan di anugerah Akal-Pendemik (sepupu-sepapan anugerah academy) yang tajuknya ‘Akal Pemimpinku Yang Terlampau ', maka saya menolak sahaja pelawaan tersebut.

Mungkin lain kali saya akan kesana bersama keluarga saya.
Hahaha....Kah kah kah. 

Tiada ulasan: