Waktu itu tengahari tahunnya 1985 kalau tidak silap, bila saya menerima panggilan telefon dari Minnesota USA, dari sepupu yang sedang belajar si sana.
Pelajar-pelajar di sana baru saja menerima lawatan YB Sdr Anwar Ibrahim sebagai wakil kerajaan. Berbagai program diatur oleh Sang Sepupu tadi,selaras dengan jawatan beliau (samada sebagai Setiausaha ABIMditempat beliau atau Setiausaha Persatuan Pelajar di sana tidak pula saya ingat. Nak tanya dia pun malas, agak lama juga sekarang beliau berada di luar negara kerana urusan perniagaan.
Sang Sepupu tadi ada menyebut tentang perjumpaan Sdr Anwar dengan seorang ulamak terkenal, kalau tidak silap Assyahid Ismail Faruki yang dibunuh beberapa tahun selepas itu. Apa yang saya nak 'highlight' di sini adalah mengenai malamnya di mana Sang Sepupu tadi sebagai seorang pemimpin pelajar dapat tidur dana beberapa orang lagi pemimpin pelajar dengan Sdr Anwar Ibrahim. Mungkin di sebuah rumah, tidak pasti. Katanya lagi Anwar tidur jam 1 pagi selepas berbual-bual dan bertukar-tukar fikiran dengan pelajar-pelajar di sana. Ketika sedang sedap tidur kerana keletihan, tiba-tiba terdengar orang membaca al-quran dengan suara perlahan. Dia membuka mata dan meninjau, rupanya diluar bilek di ruang tamu, Saudara Anwar sedang membaca al-quran. Jam pada waktu itu menunjukkan angka 3 pagi. Malu, kata sepupu saya. Anwar tidur jam 1 pagi, tak sampai 2 jam, dia bangun untuk membaca al-quran. Sepupu tadi kembali menyambung tidur sebelum angun selepas itu untuk bersembahyang subuh.
Sebenar umum amat kenal siapa Anwar Ibrahim. Beliau seorang yang warak,berilmiah dan sebagai seorang individu yang beriman, sentiasa mendampingi para ulamak. Tidak dapat dinafikan sebaliknya sebagai seorang ahli politik, beliau perlu berbaik dan berkawan dengan penyangak-penyangak seperti Sutil Kumar (Eskay) dan Nallakaruppan (tokey judi). Beliau adalah Presiden ABIM yang pertama. Beliau boleh menjadi imam dan boleh membaca khutbah. Tak semua orang boleh membaca khutbah. Tak percaya, tanyalah DS Najib PM kita, bolehkah beliau membaca khutbah? Beranikah seminggu dua ini beliau menunjukkan bakat beliau membaca khutbah di mana-mana masjid pada hari Jumaat? Saya dah tau jawapannya, sudah pasti "Never, never, never...!
Seperti kata Wan Azizah, Anwar sentiasa pastikan beliau akan berjemaah bersama-sama keluarga apabila berada di rumah,dengan beliau sendiri menjadi imam. Tanya lagi kepada DS Najib, pernahkah walaupun sekali beliau menjadi imam kepada keluarga beliau. Kalau beliau berkata "ya' suka juga kita nak mendengar beliau membaca Alfatihah, kerana sebagai imam (ataupun bukan imam), Alfatihah kita mesti betul. Kita tidak boleh berimamkan dengan orang yang tidak betul membaca alfatihah. Sesekali bila berjemaah bersama sembahyang maghrib, eloklah Najib menjadi imamnya. Boleh kita semak alfatihah beliau. Jangan jadi macam Eskay, membaca kalimah shahadah pun tidak betul sebutannya. Sepatutnya dibaca "Ash' Hadu, bukannya As' shadu. Nampak sangat beliau tak pernah berguru, kalau tidak tentu dah lama ditegur oleh Tok Guru tadi, dan sudah tentu sebutan kalimah syahadah beliau betul. Begitu juga Pak Rahim Thamby Chik kita. Katanya sembahyang sunat masa bersumpah laknat tu, satu rakaat sahaja. Aiikkk.. sembahyang sunat apa satu rakaat? Witir..? Witir biasa dibuat sebelah malam, sebagai penutup sembahyang sunat yang lain. Tetapi orang-orang bergini lah yang menjadi idola dan pujaan juak-juak UMNO sekarang.
Pak Rahim Thamby Chik mendakwa Anwar memaksa beliau meletak jawatan selepas didakwa terbabit dalam kes rgol budak bawah umur. Kalau difikirkan, jika Anwar seorang yang terbabit dalam seks haram, takkanlah beliau sanggup menyuruh Rahim meletak jawatan? Lebih orang sebegini diletakkan di dalam genggaman beliau, sebagaimana Mahathir meletakkan fail-fail skandal Rafidah Aziz, Daim Zainuddin dan lain-lain menteri bertaraf penyangak di dalam laci meja beliau supaya mereka ini tidak boleh lari dari menyokong beliau. Macam kata Najib "I help you, you help me...." Tapi kenapa Anwar berani bertindak ke atas Rahim? Bukankah ini menunjukkan Anwar tidak terlibat dalam seks haram, kalau tidak, sudah tentu beliau tidak berani bertindak ke atas Rahim, sehingga Rahim amat berdendam dengan beliau sehingga sanggup memfitnah untuk menghancurkan Anwar dan keluarganya sekali. Anwar mengambil risiko ini kerana tidak mahu terlibat dengan skandal seks Rahim.
Hari ini, Ketua UMNO Cheras, menggesa Anwar meletakkan jawatan kerana disuruh membela diri dalam kes libat. Kata beliau, Anwar tidak bermoral. Begitu juga dengan Ketua Perkasa, sebuah pertubuhan yang diujudkan untuk menyelamatkan saki-baki sisa perjuangan politik Ibrahim Ali. Minta maaf Pak Berahim. Orang Pasir Mas kenal sangat dengan Pak Berahim. Minta maaf sekali lagi Pak Berahim, bukankah Pak Berahim dulu berjanji untuk menjilat jubur Dr Mahathir kalau Pak Berahim masuk UMNO semula...? Terlupa dulu nak tanya, apa rasanya? Masin..? Kelat..? Lemak..? Uweeekkkk....! Sekarang ni Pak Berahim dah kena pecat dengan UMNO, taknak ker berjanji lagi, kalau diterima masuk UMNO lagi, jubur siapa Pak Berahim nak jilat kali ini..?
Sebenarnya kalau nak dibandingkan mereka ini, termasuk juga Najib yang menuduh Anwar tidak bermoral, tahap moral mereka jika nak dibandingkan dengar Anwar Ibrahim, bagai langit dengan bumi. Siapakah lagi juak-juak UMNO yang bermoral..? Jamaluddiin Jarjis..? Apa jadi dengan kes beliau yang bersksikan CCTV di sebuah pub di ibukota? Sudah dibakarkah filem CTV tersebut. Shahidan Kassim..? Hmmmm....
Orang kalau dah terbabit dengan seks haram, zina, liwat dan sebagainya, tidak akan mampu untuk mengingat Allah, tidak akan mampu untuk bersembahyang, berpuasa dan sebagainya. mereka hanya akan ingat untuk terus mmbuat maksiat. Perkara ini tidak terjadi kepada Anwar. Beliau sentiasa mengingati Allah, membaca alquran, terus membaca khutbah dan terus menjadi imam sembahyang. Malah saya tidak akan ragu-ragu jika menjadi makmum beliau. Sebaliknya jika orang seperti Trio Datuk T, hatta Najib sendiri kalau menjadi imam sembahyang (saya kata kalau la.. jauh api dari semanggang), maka saya tidak akan sesekali menjadi makmum mereka, takut sembahyang saya tidak sah. Maaf cakap...
Malah sewaktu Anwar dipecat dari kabinet pada tahun 1998 dulu, Mahathir gagal untuk mencari kesalahan rasuah Anwar sedangkan kesalahan rasuah terlalu mudah untuk dikesan jika seseorang itu melakukannya. Malah Anwar adalah orang nombor satu yang kuat melawan rasuah. Selepas kes rasuah Anwar tidak ditemui, Mahathir menggunakan Rahim Thamby Chik yang mengumpan Umi Hafilda untuk memfitnah Anwar. Dan Najib meneruskan legasi Mahathir tersebut. Ada sesiapa yang sudah terlupa kata-kata Najib bahawa jika beliau (Najib) mendedahkan kes seks Anwar, maka akan sakitlah perut Anwar mendengarnya. Sebenarnya bukan sakit perut Anwar mendengarnya,tetapi sakit perut rakyat jelata mendengar cerita lawak kes liwat Anwar tersebut. Mana tak, 24hb Mei Najib berjumpa Saiful, dan mengaku beliau memegang tangan Saiful yang kesejukan kerana diliwat Anwar, tiba-tiba 26hb Mei baru kejadian liwat tersebut kononnya berlaku... rakyat yang berguling-guling sakit perut menahan ketawa tertanhya-tanya, adakah Najib mempunyai ilmu yang sama dimiliki oleh Nabi Khidir...? Atau Najib mempunyai ilmu Kasyaf yang sama dimiliki oleh Tokoh UMNO terbilang, al ustaz Mohd Nor Idris..? Maka rakyat akan terus sakit perut menahan ketawa di atas sebuah drama lawak versi UMNO yang diarahkan oleh Najib Bin Abdul Razak....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan