"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ketua TI-M: Tiada pakatan tubuh negara Kristian

NONEKetua badan pemantau rasuah Malaysia - Transparency International - Paul Low menafikan terdapat sebarang pakatan untuk menjadikan Kristian agama rasmi persekutuan pada jamuan makan malam yang dihadiri paderi-paderi dua minggu lalu.

Low yang juga hadir sebagai tetamu jemputan pada majlis 5 Mei di Pulau Pinang itu berkata beliau sempat menyaksikan keseluruhan majlis itu dan ia bukan seperti apa yang dilaporkan oleh dua penulis blog dan akhbar Utusan Malaysia.

"Saya secara kategori mengesahkan tiada pakatan atau ikrar bagi menjadikan Kristian agama rasmi atau melantik seorang perdana menteri Kristian pada petang 5 Mei ataupun pada bila-bila masa semasa persidangan itu.
utusan malaysia kritsian agama rasmi
"Saya belum diminta memberi sebarang kenyataan kepada polis semasa siasatan tetapi sudi berbuat demikian jika diminta,” katanya ketika membacakan kenyataan medianya di ibupejabat TI di Kuala Lumpur pagi ini.

Laporan itu pertama kali muncul apabila dua penulis blog berdasarkan sekeping gambar yang agak kabur mendakwa majlis makan malam itu dianjurkan dengan hadirinnya berikrar untuk melucutkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Laporan itu disiarkan semula oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysiapada keesokannya.

Seorang anggota DAP yang mengiringi ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi, kemudiannya membuat laporan polis dan mengakui bahawa beliau yang merakamkan gambar yang disiarkan di blog pro-Umno itu.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: