"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cerita warga kerja Bangla, ada lebih 5 ribu Bangla mengundi!

senik

Assalamualaikum,,


Petang tadi sempat berbual dengan seorang warga kerja Bangla, katanya dia menerima panggilan talipon dari kawannya mengatakan lebih 5 ribu Bangla sudah mengundi semalam.


Kesemua yang mengundi dibayar dan katanya lagi BN berjanji akan menambah RM1000.00 kalau menang. Lumayan bagi seorang Bangla yang sanggup bersubahat memenangkan BN dan duit yang dibayar itu sebenarnya duit rakyat.

Itu info terpencil dari seorang Bangla yang menyuarakan kebimbangannnya mengenai kemungkinan seluruh warga kerja Bangla yang ada di Malaysia akan dihantar pulang kalau PR menang. Serta kemungkinan mereka yang tidak terlibat akan jadi mangsa kemarahan rakyat Malaysia.

Kita menyatakan ini sebagai bukti tambahan kepada wujudnya warga asing yang mengundi di mana jumlahnya jauh melebihi apa yang dinyatakan oleh warga kerja Bangla tadi. Walaupun orang UMNO apatah lagi pemimpinnya tidak akan percaya dengan bukti bukti jenis ini dan tidak sesekali mengaku adanya warga asing yang diberikan IC dengan tujuan membanyakkan jumlah undi kepada BN. Membanyakkan undi BN bukan terhad pergi ke tempat mengundi sahaja, ia juga termasuk memberi undi dalam karung karung simpanan yang akan digunakan apabila berlakunya black out di pusat penjumlahan undi. Hantu bukan setakat yang zahir nampak di tempat mengundi tetapi turut terdapat dalam karung karung kuning yang tidak kelihatan.

Entah berapa ramai jumlah sebenarnya warga asing digunakan untuk mengundi. Ianya menjadi satu pola pengundi yang mampu menahan gelombang tsunami walaupun tsunami Cina tidak mampu ditahannya seperti pengakuan Najib sendiri. Satu pola yang nyata, warga asing dibawa ke tempat pengundi majoriti melayu sebagai back up kepada undi melayu bawah tempurung dan kalau tidak mampu menambah undi BN di situ maka hantu hantu karung akan dibawa masuk ketika dewan black out. Itu mungkin yang berlaku kepada DUN Kemasik, Terengganu apabila akhirnya calon BN menang walaupun keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PAS menang. Tindakan SPR ini ada justifikasinya kerana kalau DUN Kemasik dimenangi PAS maka kedudukannya seri di Terengganu. Penulis ada mendapat maklumat ada satu lagi DUN di sebelah Marang turut mencacatkan keputusan tidak rasmi memihak kepada PAS tetapi akhirnya calon BN disahkan menang. Kalau maklumat ini benar, ada kemungkinan PAS yang sepatutnya menang di Terengganu dan sekali lagi justifikasi SPR mungkin mahu menyelamatkan kerajaan BN Terengganu.

Begitu juga yang berlaku di Bentong, SPR terpaksa membawa masuk hantu hantu karung ketika black out bagi menyelamatkan Adnan Yakob dari terpaksa memotong telinganya.

Berbalik kepada bukti yang kita dedahkan ini, UMNO pasti tidak akan percaya selagi tidak bersumpah laknat macam Saiful dan beberapa pemimpinnya termasuk Mat Said. Bagi mereka tidak ada undi hantu kerana semua pengundi mesti ada IC, walaupun muka mereka muka Bangla atau Nepal atau bangsa asing lain, walaupun mereka tak reti berbangsa melayu dan tidak tahu menyanyikan lagu negara ku, itu tidak penting asalkan mereka ada IC. Itu saja yang UMNO mahu tahu. Tapi semasa Sulu masuk menceroboh Lahad Datu dulu, tidak pula mereka bertanya apakah mereka ini ada IC atau tidak walaupun Sulu membunuh polis dan tentera kita.

Hampeh.......

Tiada ulasan: