NyorPandan
SELEPAS PRU 12 dulu sesetengah puak PKR yang jadi masalah. Menang, lepas tu lompat parti seperti apa yang beraku di Perak. Sekarang ini nampaknya ada pula khabar-kahbar angin yang beberapa ahli Parlimen PKR akan keluar parti kerana ketidakpuasan hati jika Tan Sri Khalid dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor.
Pada pendapat saya sesetengah ahli Parlimen PKR ini, fikirannya masih lagi macam puak-puak UMNO yang lebih utamakan kuasa dan pangkat, bukannya kemahuan rakyat. Sepatutnya puak-puak PKR ini kerana belajar dari rakannya PAS dan DAP. Dikalangan pimpinan PAS atau DAP ada juga perselisihan faham, tapi taklah riuh sampai ugut nak keluar parti. Mereka akur pada pucuk pimpinan dan suara majoriti rakyat.
Bagi PAS dan DAP pula, sekiranya masalah dalaman PKR terus berkecamuk, ada baiknya mereka lupakan saja PKR dan tubuh satu pakatan baru. Biarlah PKR bersendirian. Masa inilah nak fikir pun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan