"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Inilah Barisan Exco baru kerajaan negeri Kelantan

Harakahdaily
(Barisan Exco baru kerajaan negeri Kelantan)
KOTA BHARU: Datuk Ahmad Yaakub mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru dengan Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah sebagai Timbalan Menteri Besar.
Bekas Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasarudin Daud turut menyertai barisan Exco di samping Adun Demit yang baru, Mumtaz Md Nawi, Dr Ramli Mamat (Bunut Payong) dan Hanifa Ahmad (Pengkalan Pasir).
(Ahmad Yaakub melafazkan ikrar sebagai exco di depan Tuanku Sultan Kelantan)
Tidak ada dalam senarai Exco kali ini adalah Datuk Husam Musa (Naib Presiden PAS) walaupun menang di DUN Salor.

Turut tidak ada adalah Tuan Guru Datuk Nik Aziz yang berundur dan Datuk Takiyudin Hassan yang bertanding Parlimen Kota Bharu dan menang.

Turut tidak termasuk dalam barisan exco yang baru adalah Wan Ubaidah Omar.

Lain-lain barisan Exco Kelantan sessi ini adalah Datuk Anuar Tan, Datuk Md Anizan Ab Rahman, Datuk Fatah Mahmud, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Datuk Dr Fadzli Ahmad.

1 ulasan:

Abd Razak Hashim berkata...

Bibit2 prpecahan dan kejatuhan pas kelantan telah wujud...
tghh dan mustafa ali kena letak jawatan...
Nik amar x layak jadi tmb