"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Betulkah Bekas Tim. Menteri, Saifuddin Abdullah Nak Masuk PKR??

TKOOffline

Sebentar tadi saya terima SMS dari kenalan lama UMNO "TOTOK" (dulu kini dan selamanya..) bahawa malam ini ada "Private Dinner" antara Saifuddin Abdullah dengan seorang pimpinan PKR di Tropicana Golf Country Resort.

Saya tanya balik "nak keluar UMNO ke?" Dia jawab entahlah.

Saya tanya betul ke?? Atau khabar angin?
Dia jawab "Sumber boleh dipercayai"

Saya rasa ini mainan politik cantas dalam UMNO. Khabar ini biasanya dibuat oleh puak-puak blogger upahan kumpulan tertentu dalam UMNO.

Tapi saya kongsikan masej SMS ini kepada pembaca.
Anggap sahaja 'jenaka' selepas PRU.

Sila layari

Tiada ulasan: