"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hari Ini Ahmad Said Buat Lawak!!

TKOOffline

Ahmad Said dalam satu kenyataan dalam FBnya memberitahu bahawa kelewatan perlantikan Menteri Besar Terengganu adalah disebabkan PM Dato' Seri Najib sibuk dengan pelbagai urusan. Katanya lagi PM akan membuat perlantikan Menteri Besar secara berperingkat-peringkat.. (kah kah sejak bila pula ada peraturan macam ni!) jadi Terengganu kena tunggu giliran.

Terengganu macam biasa "nombor bong" (akhir sekali) ikut giliran macam PRU lalu kot!

Mat Said berkata "Bagi negeri Terengganu saya difahamkan Perdana Menteri selaku Presiden Parti akan mengeluarkan surat watikah dalam masa terdekat dan saya meminta agar semua rakyat negeri ini bersabar."
Apa yang sebenarnya berlaku, dulu sebelum PRU team Mat Said dan Deris Jusoh bersepakat untuk menghadapi PRU dengan tenang tanpa 'takir menakir antara satu sama lain'. Tapi malangnya selepas PRU team Deris Jusoh TAK MENEPATI "JANJI DITEPATI" menuntut semula kerusi MB.

Ada ugut mengugut di antara mereka dan TAK MUSTAHIL ada yang akan keluar parti masuk PAS.

Ini DRAMA MENARIK..
Kita tunggu episodnya.. (Jangan pula ada yang bodoh kata ada UG... puak PAS pun semacam juga... macam team Deris Jusoh juga!!!)
...
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com

Tiada ulasan: