"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mari kita kira berapa orang kah ahli PKR di DUN Pengkalan Kubor

Kamarul Yusoff
Berdasarkan keputusan rasmi pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR pada 28 Jun 2014 yang dikeluarkan oleh laman web rasmi PKR, adalah didapati bahawa seramai 430 orang ahli PKR Cabang Tumpat telah keluar mengundi pada 26 April 2014. Daripada 430 orang ahli PKR Cabang Tumpat yang telah keluar mengundi ini, 140 orang daripada mereka telah mengundi Datuk Saifuddin Nasution Ismail, 201 orang telah mengundi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan 89 orang telah mengundi Mohamed Azmin Ali.

Berdasarkan kepada data ini, dapatkah disimpulkan bahawa:

(1) Bilangan ahli PKR Cabang Tumpat hanyalah seramai 430 orang?

(2) Jika benar Cabang Tumpat hanyalah mengandungi seramai 430 orang ahli, bilangan ahli PKR di DUN Pengkalan Kubor adalah jauh lebih kecil (kerana selain DUN Pengkalan Kubor, Cabang Tumpat turut merangkumi DUN Kelaboran, DUN Pasir Pekan dan DUN Wakaf Bharu)?

(3) Bilangan ahli PKR Cabang Tumpat adalah lebih besar daripada 430 orang, tetapi sebahagian daripada mereka telah tidak keluar mengundi?

(4) Majoriti ahli PKR Cabang Tumpat adalah penyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang kini telah tidak lagi menjadi ahli/pemimpin PKR?

NOTA TAMBAHAN:

(1) Jumlah pengundi di P19 Tumpat di dalam Pilihan Raya Umum 2013 ialah seramai 98,632 orang.

(2) Jumlah pengundi di N1 Pengkalan Kubor di dalam Pilihan Raya Umum 2013 ialah seramai 24,097 orang.

1 ulasan:

hairulazam berkata...

Salam, PAS bukan di Kelantan sahaja kasihanlah PAS di Pulau Pinang dan di negeri lain. Kalau nak jadikan PAS di Kelantan shaja tak apelah terus amalan buruk ini. tk