"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nik Amar: "Saya Akan Pecat 2 ADUN Jika Ada Kuasa"


Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah akan bertindak memecat dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor (Hulu Kelang dan Morib) sekiranya mempunyai kuasa.

Katanya, tindakan membelakangkan parti sedemikian bertentangan dengan sikap ketaatan dan kepatuhan kepada pemimpin yang sewajarnya difahami oleh setiap ahli parti.

..........

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah akan bertindak memecat dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor (Hulu Kelang dan Morib) sekiranya mempunyai kuasa.

Katanya, tindakan membelakangkan parti sedemikian bertentangan dengan sikap ketaatan dan kepatuhan kepada pemimpin yang sewajarnya difahami oleh setiap ahli parti.

"Pentingnya kepatuhan kepada pemimpin. Dua orang yang lompat itu melanggar adab disiplin jemaah, kalau saya ada kuasa saya pecat 2 orang ini.

"Apa lebihnya kita kepada Presiden dan PAS Pusat sehingga membuat keputusan mendahului jemaah kita sendiri. Jika dalam tentera kalau ingkar arahan ketua, akan ditembak," tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan kali ke 29 di Hotel Puteri Park, Jalan Raja Laut hari ini.

Hadir sama Ketua Dewan Pemuda Wilayah Persekutuan Ir Khairil Nizam Khirudin.

Sebelum ini, Mohd Amar menggariskan beberapa intipati yang perlu dipegang Pemuda PAS dalam usaha menjadi golongan pelapis negara antaranya, keikhlasan dalam perjuangan, kepatuhan kepada pemimpin dan meletakkan kepentingan jemaah melebihi perkara lain.

"Jika kita masuk PAS kerana mengejar kepentingan peribadi maka kita tidak akan kekal lama, sebab itu kita perlu ikhlas dalam perjuangan. Jika tidak, kita akan menjadi rosak bahkan lebih teruk daripada parti UMNO. Ketaatan dan kepatuhan pemimpin, tidak bermakna setiap pemimpin itu maksum kerana masing-masing ada kekurangannya juga. Namun tegurlah pemimpin di dalam forum atau mesyuarat,"

"Kita juga perlu meletakkan jemaah melebihi perkara lain. Jemaah dahulu barulah Pakatan Rakyat (PR). Bila kita duduk dalam PR, seolah-olah PAS ini tiada. Sekiranya mendahulukan PR daripada parti sendiri, kamu ini (mewakili parti) siapa?" tegas beliau.

Sumber

3 ulasan:

IbnAbdHalim berkata...

Jaga Kelantan tu. Jangan2 PRU14 nanti iapun melayang.

faudzis berkata...

KETENTUAN TUHAN KAMU NIK AMAR BERTANDING DI DUN KELANTAN....KALAU KAMU BERTANDING DI DUN SELANGOR PASTI KAMU KALAH TERBUNGKANG....becakap biar beralasan supaya org dapat menilai tahap kepimpinan kamu...

Unknown berkata...

Komen yg x berapa cerdik..Husam tetap trbaik..