"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Serbuan Jais bongkar rahsia Ramli MS, Alyah

Alyah
KUNJUNGAN Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke kediaman mewah komposer ternama Datuk Ramli MS di Bandar Kinrara, di sini awal pagi tadi akhirnya membongkar satu 'rahsia'.

Kunjungan tersebut akhirnya telah mengesahkan bahawa hubungan antara pengarah muzik itu dengan penyanyi Alyah terjawab hari ini apabila mereka sendiri mengesahkan yang sudah berkahwin lebih setahun lalu.

Memetik laporan portal dan media massa mendapati tinjauan pada jam 7.30 pagi oleh sembilan pegawai Jais yang lengkap beruniform itu dikatakan mendapati mereka sudah berkahwin.

FotoAlyah dikatakan berada di banglo berkenaan ketika pegawai Jais datang menyiasat. Ketika kejadian kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi milik Alyah berada di kediaman itu.
Menurut sumber Jais, pasangan itu sudah berkahwin sejak setahun lebih lalu. Katanya, Ramli dan Alyah akan ke Jais dalam masa terdekat untuk memberikan kenyataan serta bukti perkahwinan bagi tujuan pendaftaran.

Difahamkan pasangan itu bernikah di Batam, Indonesia tetapi belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini.

Ramli yang berpakaian kemeja T berwarna ungu dan seluar melepasi paras lutut kelihatan tenang.

Malah, beliau dilihat mengiringi pegawai Jais keluar dari kediaman itu sejurus siasatan selesai.

Tiada ulasan: