"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jangan jadi macam saya - Ezam kotak

SHAH ALAM: Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan, Mohamad Ezam Mohd Nor berkata, adalah wajar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara daripada arena politik tanah air.

Ezam yang juga merupakan bekas Ketua Pemuda PKR berkata, beliau sangat bersetuju dengan NGO Anak Muda Malaysia (Lensa) yang mahukan Anwar bersara daripada politik, kerana perjuangan politiknya (Anwar) sudah tersasar jauh.

"Salah satu sebab saya meninggalkan PKR adalah kerana perjuangan parti itu, yang bertunjangkan kepada individu.

"Selagi itu berlaku, ianya akan merugikan PKR dan negara, kita perlukan parti pembangkang tetapi kita perlukan parti pembangkang yang dinamik yang melihat isu negara dan tidak heret soal peribadi.

"Anwar bawa isu peribadi kepada rakyat, keluarga dan parti, jadi ini tidak wajarlah," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Mengimbas kenangan lama, Ezam berkata, rakyat Malaysia terutama anak muda haruslah berhenti daripada bersikap terlalu obses kepada individu, kerana kelak memakan diri.

"Janganlah terlalu obses... tidak ada anak muda yang terlalu obses seperti saya terhadap Anwar.

"Tiada orang yang masuk penjara dalam mempertahankan Anwar... anak-anak kecil saya terpisah dari saya dan perpisahan itu ada harganya, anak tidak rapat dengan saya sehingga kini.

"Itulah obsesi saya kepada seorang pemimpin, hari ini saya sedar itu tidak betul tetapi saya terpaksa bayar harga yang mahal, saya hilang kasih sayang anak-anak," katanya.

Gesaan Lensa agar Anwar bersara daripada politik adalah reaksi daripada perhimpunan untuk menyokong Anwar, yang dipromosikan sebagai himpunan 'Rakyat Hakim Negara' anjuran AMK yang diadakan pada tarikh keputusan rayuan terakhir Anwar di Mahkamah Persekutuan dalam kes Liwat II.
-sinarharian-

Tiada ulasan: