"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki Ini Berlakon Koma Selama Dua Tahun Untuk Mengelak Hukuman Menipu Duit Jiran

Allan Knight sanggup menipu dirinya lumpuh untuk melarikan diri daripada jenayah yang dilakukannya sebelum ini.
SEORANG lelaki sanggup menipu bahawa dirinya lumpuh seluruh badan selama dua tahun semata-mata untuk melarikan diri daripada jenayah yang dilakukannya sebelum ini.

Allan Knight, 47, dari Swansea sanggup menipu dengan mengatakan dirinya lumpuh daripada bahagian leher hingga kaki hanya untuk melarikan diri daripada dikenakan hukuman kerana menipu wang jirannya sebanyak £40,000.

Perbuatannya itu terbongkar apabila seorang doktor melihat dia boleh makan, mengelap muka malah menulis dengan sendiri daripada bilik hospital.
Aksi Knight menolak troli di Tesco turut dirakam oleh CCTV.
Aksinya menolak troli ketika membeli-belah di Tesco dan memandu kereta turut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV).
Isteri Knight, Helen juga membantu penipuan suaminya itu.
Bagaimanapun, isterinya, Helen, cuba mempertahankan tindakan tersebut dengan memuatnaik gambar dia menjaga suaminya yang berada dalam keadaan koma.

Polis South Wales, Detektif Paul Harry berkata: "Sepanjang karier saya ini merupakan kes penipuan paling lama dapat disembunyikan."

Knight berhadapan dengan tindakan mahkamah atas 19 tuduhan mencuri dan memalsukan dokumen.

Dia juga berhadapan dengan hukuman penjara selama sebulan.
-mstar-

Tiada ulasan: