"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isteri sebat suami enggan seks hingga 10 kali sehari

Biasa bagi masyarakat mendengar cerita mengenai penderaan seks terhadap golongan wanita atau suri rumah tangga. Namun berlainan pula bagi kes yang dihadapi seorang lelaki bergelar suami.

China Press melaporkan, seorang pekerja kilang mendakwa sering dipukul dengan rotan jika gagal memenuhi permintaan isterinya untuk melakukan hubungan seks pada bila-bila masa.

Selama bertahun-tahun, lelaki itu mendakwa dia akan diarah untuk berlutut sebelum dirotan sekiranya menolak ajakan isterinya melakukan hubungan intim sehingga 10 kali sehari.

Tidak dapat menanggung seksaan itu, lelaki itu kemudian meminta bantuan daripada pengasas Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia, Kuan Chee Heng.

Kuan berkata terdapat kesan sebatan di anggota badan dan punggung lelaki itu, namun lelaki berkenaan enggan melaporkan penderaan itu kepada pihak berkuasa kerana malu.

Kuan mencadangkan agar lelaki berkenaan mendapatkan bantuan perubatan dan khidmat kaunseling untuk isterinya yang berusia 31 tahun.
-malaysiakini

Tiada ulasan: