"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Syed Saddiq namakan 3 remaja ditahan

FMT Reporters
PETALING JAYA: Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Abdul Rahman menamakan 3 lelaki remaja yang ditahan polis semalam susulan kejadian baling suar ke arah pentas di forum Nothing to Hide anjuran sayap itu, yang memaksa ia ditamatkan serta merta.

Berdasarkan nombor Mykad, mereka berusia 17, 18 dan 19 tahun.

FMT turut difahamkan alamat kediaman yang tertera menunjukkan mereka berasal dari Setapak, Petaling Jaya dan Perlis.

“Umum mengetahui, ada syarat umur yang ditetapkan bagi menjadi ahli Armada dan kami juga telah menyemak semula keahlian mereka dengan PPBM. Mereka sama sekali bukan ahli PPBM,” kata Syed Saddiq.

Sebelum ini, beberapa saksi mendakwa melihat sekumpulan anak muda berpakaian baju T bukan rasmi dengan logo PPBM pada forum yang diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam petang tadi.

Kurang 2 jam forum itu berlangsung, beberapa objek seperti kasut dan suar dibaling ke arah Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang baru selesai menjawab soalan salah seorang hadirin.

Ia mencetuskan huru-hara dan aksi tumbuk menumbuk. Beberapa remaja turut dilihat menjadi sasaran sebelum mereka diberkas dan dibawa masuk ke dalam sebuah bilik, sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.

Syed Saddiq menyifatkan mereka sebagai “remaja upahan” yang menyamar sebagai ahli Pemuda PPBM.

“Persoalannya, jika mereka bukan ahli PPBM, siapakah yang telah memperalatkan mereka untuk cubaan mencederakan Tun Mahathir?”

Tiada ulasan: