"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Model buat laporan polis terhadap Datuk Bandar

Jakarta – Seorang model membuat laporan polis terhadap Datuk Bandar Kendari, Adriatma Dwi Putra selepas lelaki itu gagal menunaikan janjinya untuk berkahwin dengannya.

Destiya Purna Panca atau dikenali sebagai Destiara Talita membuat laporan itu pada 8 Ogos lalu dengan mendakwa Adriatma mencemar nama baiknya.

Jurucakap polis Metro Jaya, Argo Yuwono berkata, daripada keterangan Destiara, wanita itu mula menjalinkan hubungan dengan Adriatma sejak tahun lalu.

Destiara memberitahu, kekasihnya berjanji untuk bernikah dengannya secara kahwin siri yang bermaksud perkahwinan yang sah mengikut Islam tetapi tidak didaftarkan.

Bagaimanapun, Adriatma yang sudah beristeri tidak menunaikan janjinya itu malah mula menjauhkan diri dari Destiara.

“Selepas Destiara dapat menghubungi Adriatma dia mendesak lelaki itu menunaikan janji untuk berkahwin dengannya.

“Bagaimanapun, Adriatma didakwa memaki hamun dan menghina Destiara,” katanya yang dipetik kompas.com kelmarin.

Menurutnya, pihak polis masih menyiasat laporan wanita itu dan akan memanggil Adriatma dalam masa terdekat untuk memberi keterangan.

Media sebelum ini melaporkan, Destiara juga mengaku sering melakukan seks dengan datuk bandar itu dan mahu menjadikan hubungan mereka sah mengikut Islam.

Destiara dilaporkan kecewa dan membuat laporan polis selepas kekasihnya itu enggan menunaikan janji untuk berkahwin dengannya.
-kualalumpurpost

Tiada ulasan: