"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


PAS bakal menjilat ludahnya sendiri? Cuba baca yang ini

PAS di 3 negeri mahu autonomi kerjasama dengan Pakatan
The Malaysian Insight
PAS di 3 negeri mahu autonomi kerjasama dengan Pakatan
PAS di Selangor, Kedah dan Kelantan dikatakan sedang berbincang untuk mendapatkan autonomi bagi membolehkan mereka bekerjasama dengan Pakatan Harapan dalam PRU14. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Ogos, 2017.

KETIKA pucuk pimpinan PAS sedia bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) atau bersendirian, PAS di Selangor, Kedah dan Kelantan dikatakan sedang menimbang untuk mendapatkan autonomi bagi membolehkan mereka bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Menurut sumber The Malaysian Insight, pemimpin PAS dari ketiga-tiga negeri itu sedang berunding dengan PAS Pusat untuk membenarkan mereka kerjasama dengan PH bagi membolehkan parti Islam itu bertanding satu lawan satu dengan BN pada PRU14.

Ahli Parlimen PAS dari Pokok Sena, Mahfuz Omar dan penganalisis Ilham Centre, Hisomuddin Bakar turut mendapat maklumat sama tentang cadangan kuasa autonomi untuk mengadakan tahaluf di ketiga-tiga negeri itu.

"Bagi saya ia satu pendekatan yang positif dan praktikal untuk mengalahkan BN dalam pilihan raya umum akan datang ini," kata Mahfuz yang juga bekas naib presiden PAS kepada The Malaysian Insight.

Mahfuz berkata seorang pemimpin kanan PAS Kedah pernah berbincang dengannya tentang cadangan autonomi itu.

Hisomuddin pula berkata beliau mendapat maklumat, ketiga-tiga negeri itu memang merancang untuk “keluar” daripada strategi PAS peringkat nasional yang mahu bekerjasama dengan Umno atau bertanding sendiri.

"Ya, saya difahamkan Adun Bangi Shafei Ngah bertemu dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang di Sepang dan membawa idea ini tetapi Hadi hanya senyap saja ketika itu," kata Hisomuddin.

Menurut maklumat yang diberikan kepada The Malaysian Insight, PAS Kelantan tidak boleh bekerjasama dengan Umno atau bertanding bersendirian jika mahu mempertahankan negeri itu.

"PAS tidak boleh bekerjasama dengan Umno di Kelantan kerana kajian Pusat Kajian Strategik (PKS) mendapati 60% penyokong PAS akan lari jika ia bekerjasama dengan Umno," kata sumber itu.

PKS ialah sebuah badan yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Kelantan pada 1991 dengan tugas mengutip dan menyalurkan penemuan dari akar umbi kepada pimpinan kerajaan negeri.

Dapatan kajian PKS itu turut disahkan Menteri Besar Ahmad Yakub dalam pembentangan kajian politik Kelantan oleh Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) Dr Mohamad Redzuan Othman di Kota Bharu bulan lalu.

Menurut kajian IDE, PAS boleh kalah kalau bertanding tiga penjuru dengan BN dan PH kerana maksimum kerusi yang akan diperoleh hanyalah 15 daripada 45 kerusi dalam DUN Kelantan saja.

Dalam pembentangan IDE itu, Redzuan mencadangkan agar PAS hanya bertanding 23 daripada 45 kerusi dewan undangan negeri (DUN) di Kelantan manakala selebihnya diserahkan kepada PH.

Ia bagi mengelak berlakunya pertandingan tiga penjuru antara PAS, PH dan BN yang dijangka boleh merugikan PAS termasuk kemungkinan hilang kuasa di Kelantan, negeri yang ditadbir sejak 1991.

Pas dijadual melancarkan pakatan baharu, Gagasan Sejahtera Rakyat pada September ini, yang dijangka akan disertai oleh Parti Cinta Malaysia (PCM), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

PH pula dianggotai oleh PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.

Di Selangor, PKR yang dipimpin oleh Mohamed Azmin Ali pula sentiasa berunding dengan PAS dan tiga pemimpin PAS Selangor masih kekal dalam exco kerajaan negeri pimpinannya.

Dalam satu kenyataannya, Azmin mengesahkan PKR akan terus berunding dengan PAS bagi memastikan kerjasama antara PAS dengan pembangkang yang lain.

Sumber lain juga memaklumkan The Malaysian Insight, PKR membincangkan kemungkinan kerjasama dengan PAS dalam mesyuarat biro politiknya yang terakhir walaupun parti Islam itu sudah memutuskan kerjasama politik dengan parti itu dalam muktamarnya dan disahkan oleh Majlis Syura Ulama selepas itu.

Dalam mesyuarat itu, PKR turut membincangkan jumlah kerusi yang boleh ditandingi oleh PAS dan parti pecahannya Amanah, di Selangor.

Di Kedah pula, hubungan baik antara PAS dengan pemimpin PH sangat ketara dan mereka sekali-kali tidak sedia untuk bekerjasama dengan Umno.

Ketua Bersatu Kedah Mukriz Mahathir dalam wawancara dengan The Malaysian Insight mengakui beliau mempunyai hubungan yang baik dengan pemimpin PAS khasnya wakil rakyatnya dan pintu masih dibuka untuk bekerjasama dengan PAS.

"Saya cenderung dari dulu untuk sentiasa buka pintu, biarkan pintu sentiasa terbuka dan ada ruang untuk kita sentiasa berbincang.

"Saya faham ia satu perkara yang sangat rumit, maklumlah dalam PH ini ada Amanah, DAP jadi mereka rasa tak berapa selesa. Saya harap keputusan yang kita buat nanti untuk kebaikan kita bersama.

"Apa juga strategi yang membawa kepada kemenangan kita perlu halusi dan pertimbangkan termasuklah bagaimana nak uruskan hubungan kita dengan PAS," kata Mukhriz dalam wawancara itu, baru-baru ini. – 14 Ogos, 2017.

Tiada ulasan: