"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pas gila nak jadi menteri, punca membisu, dakwa aktivis media sosial

Malaysia Dateline
Pas hanya membisu ketika rakannya dalam Muafakat Nasional (MN) bertungkus lumus menyerang Kabinet Muhyiddin.

Tindakan Pas yang senyap sunyi terhadap pelantikan beberapa menteri yang dikira terpalit dengan skandal menjijikkan disifatkan sebagai tindakan ‘gila hendak jadi menteri’.

Inilah pandangan para aktivis media sosial berikutan serangan padu dari Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin terhadap barisan Kabinet kerajaan Pakatan Nasional (PN).

“Pas boleh senyap sunyi dalam hal ini. Gila nak jadi menteri menyebabkan Pas bisu,” tulis Johar Ismail dalm posting beliau.

Beliau mengulas tulisan Khaled yang mendakwa mereka yang terpalit dengan skandal yang menjijikkan juga berada dalam Kabinet itu.

Ia berlaku di sebalik janji Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau akan melantik ahli parlimen yang berintergriti dalam kabinet beliau.

“Malah ada di kalangan mereka yang terpalit dengan skandal yang menjijikkan tetapi masih dilindungi dan diberikan tempat dalam kerajaan,” dakwa Khalid melalui facebooknya.

Manakala penulis, Ahmad Lutfi Othman pula berkata, rakan baik Pas berbunyi lantang; Umno jelas tak puas hati dengan senarai kabinet Muhyiddin-Azmin.

“Bersatu bolot posisi strategik. Umno sekadar penumpang penuhi kouta. Tapi Pas terima dengan rela hati walaupun potfolio menterinya jauh lebih tidak kritikal berbanding Umno – perladangan, alam sekitar dan undang-undang.

“Hebat setiakawan Pas. Tawaduk. Menerima seadanya…,” tulis beliau di facebooknya.

Tiada ulasan: