"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Guna tema Hari Kebangsaan berbeza tindakan derhaka kepada Raja?

Shahbudin Husin 

Sambutan Hari Kebangsaan adalah acara rasmi negara yang diadakan setiap tahun bagi memperingati tarikh kemerdekaan Malaysia.

Setiap tahun, Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara akan bersama-sama dengan pimpinan negara dan rakyat jelata untuk menyertai sambutannya yang biasanya diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Ia juga merupakan cuti umum sebagai tanda ia perlu dirai dan diingati oleh semua tanpa mengira siapa mereka.

Oleh sebab ia merupakan acara negara, maka sambutan akan diuruskan oleh kerajaan semasa, termasuk berkaitan pemilihan tema sambutannya.

Untuk tahun ini, tema yang dipilih ialah Malaysia Madani – Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.

Setiap tahun, tema yang dipilih adalah berdasarkan kesesuaian dengan keadaan semasa.
Pada tahun 2022 ketika Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri, temanya ialah Keuarga Malaysia Teguh Bersama.

Pada tahun 2020 dan 2021 ketika Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri, tema yang digunakan adalah Malaysia Prihatin.

Pada tahun 2018, ketika Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, tema yang dipilih – Sayangi Malaysiaku sebagai meraikan pembentukan kerajaan baru selepas PH berjaya mengambil alih kerajaan daripada BN.

Sebelum itu, pada 2009 ketika mula-mula Najib Razak dilantik sebagai Perdana Menteri, tema yang digunapakai ialah 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, sementara pada 2010 dan 2011, temanya adalah 1Malaysia Menjana Transformasi.

Daripada tahun 2000 hingga 2006 pula, tema yang dipersetujui ialah Keranamu Malaysia dan pada 2007 dan 2008 iaitu tahun-tahun terakhir Tun Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri, tema sambutan Hari Kebangsaan ialah Malaysiaku Gemilang dan Perpaduan Teras Kejayaan.

Berdasarkan semua rentetan tema itu, atas logik apa empat negeri PN tiba-tiba mahu menggunakan tema mereka sendiri bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini?

Atas logik apa juga yang menyebabkan mereka tidak setuju dengan tema “Malaysia Malaysia – Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” yang digunakan oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim?

PN sebaliknya mahu menggunakan tema mereka sendiri iaitu Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera.

Sedarkah PN bahawa tema Hari Kebangsaan tahun ini dipilih oleh kerajaan yang dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong melalui keputusan Kabinet dan bukan suka-suka dipilih oleh Anwar Ibrahim, PH, BN atau DAP?

Parti politik langsung tiada kena-mengena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan oleh sebab acara sambutannya setiap tahun dihadiri okeh Agong selaku ketua negara, bukankah semua negeri, parti dan rakyat mesti bersatu hati meraikannya?

Jadi, kenapa PN mahu mempolitikkannya dan tidak boleh hormat acara rasmi negara yang dihadiri oleh Agong, bahkan ingin berbeza tema pula?

Ajaran apa yang PN cuba semai sekarang ini? Apakah mereka cuba derhaka kepada Raja?

Tiada ulasan: