"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Keputusan PRN Selangor: Unjuran Parlimen

HarapanDaily.com

ABD MALEK HUSSIN

Saya ingin memberi sedikit pandangan mengenai keputusan PRN, 12 Ogos lalu bagi negeri Selangor, dimana PH-BN memperolehi 34 kerusi DUN, manakala PN 22 kerusi.

Saya telah meneliti keputusan undi dalam kesemua 56 DUN itu dan mengkaji unjurannya terhadap prestasi kerusi Parlimen masing-masing.

Kedudukan semasa kerusi Parlimen di Selangor berdasarkan PRU 2022, PH mempunyai 16 kerusi Parlimen dan PN 6 kerusi.

Mengamati keputusan undi DUN dalam PRN 2023, unjuran mendapati perubahan ketara berlaku di empat kerusi Parlimen, iaitu P.093 Sungai Besar, P.094 Hulu Selangor, P.096 Kuala Selangor dan P.112 Kuala Langat.

PRN di enam negeri termasuk Selangor pada 12 Ogos lalu menyaksikan kerjasama gabungan PH-BN diuji buat pertama kali.

Unjuran Keputusan DUN Terhadap Parlimen:

1) P.093 Sungai Besar

Dalam PRU 2022, kerusi ini dimenangi PN dengan majoriti 2,721 undi. Manakala dalam PRN 2023, dengan keputusan undi di dua kerusi DUN (N.3 Sungai Panjang dan N.4 Sekinchan) didapati PN alami kekalahan kerusi Parlimen Sungai Besar kepada PH-BN dengan majoriti 442 undi.

2) P.094 Hulu Selangor

Dalam PRU 2022, kerusi ini dimenangi PN dengan majoriti 1,562 undi. Manakala dalam PRN 2023, dengan keputusan undi di tiga kerusi DUN (N.5 Hulu Bernam, N.6 Kuala Kubu Bharu dan N.7 Batang Kali) didapati PN alami kekalahan kerusi Parlimen Hulu Selangor kepada PH-BN dengan majoriti 472 undi.

3) P.096 Kuala Selangor

Dalam PRU 2022, kerusi ini dimenangi PH dengan majoriti 1,002 undi. Manakala dalam PRN 2023, dengan keputusan undi di tiga kerusi DUN (N.10 Bukit Melawati, N.11 Ijok dan N.12 Jeram) didapati PH-BN alami kekalahan kerusi Parlimen Kuala Selangor kepada PN dengan majoriti 7,187 undi.

4) P.112 Kuala Langat

Dalam PRU 2022, kerusi ini dimenangi PN dengan majoriti 1,833 undi. Manakala dalam PRN 2023, dengan keputusan undi di tiga kerusi DUN (N.51 Sijangkang, N.52 Banting dan N.53 Morib) didapati PN alami kekalahan kerusi Parlimen Kuala Langat kepada PH-BN dengan majoriti 6,951 undi.

Kesimpulan Unjuran Kerusi Parlimen Selangor:

▪️PN hanya perolehi 4 kerusi Parlimen, iaitu kekalkan P.092 Sabak Bernam, P.095 Tanjong Karang dan P.109 Kapar, serta tawan P.096 Kuala Selangor.

PN kehilangan 3 kerusi Parlimen, iaitu P.093 Sungai Besar, P.094 Hulu Selangor dan P.112 Kuala Langat.

▪️PH-BN hilang kerusi Parlimen P.096 Kuala Selangor, tetapi menawan kembali 3 kerusi Parlimen, iaitu P.093 Sungai Besar, P.094 Hulu Selangor dan P.112 Kuala Langat.

▪️Berdasarkan keputusan undi PRN 2023, kerusi Parlimen di Selangor menunjukkan pertambahan PH-BN dari 16 kerusi kepada 19, manakala PN merosot dari 6 kerusi kepada 5.

Tiada ulasan: