"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ahli Parlimen PAS: Syirik jika patuhi Perlembagaan ganti undang-undang Allah

HarapanDaily.com

MP Pas anggap patuhi Perlembagaan ganti undang-undang Allah perbuatan syirik

Walaupun Pas meletakkan ramai calon untuk bertanding dalam pilihan raya, ada pemimpin parti itu yang kini menjadi wakil rakyat mempunyai pendapatnya mengenai Perlembagaan.

Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail dalam bukunya, “Ancaman Bahaya Sekularisme” dilihat secara ekstrem mengaitkan Perlembagaan dengan perbuatan syirik.

“Mematuhi dan mengikuti perlembagaan tersebut (Persekutuan) yang merupakan undang-undang ciptaan manusia sebagai ganti undang-undang Allah adalah perbuatan syirik yang membatalkan syahadah…,” katanya.

Petikan kenyataan pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu berkenaan Perlembagaan terkandung dalam buku terbitan Baitul Qurra.

Zulkifli yang merupakan Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat juga dalam satu ceramah menegaskan bahawa jika benar-benar berpegang dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah “kena jadi Pas”.

“Lawan kepada Ahli Sunnah wal Jamaah ialah falsafah. Jabariah, Qadariah, Muktazilah; ini semua aliran-aliran yang terpengaruh dengan falsafah.

“Jadi, sebab itu kalau kita betul-betul Ahli Sunnah wal Jamaah, kena jadi Pas lah. Itu sebenarnya.

“Orang Pas itu sebenarnya Ahli Sunnah wal Jamaah kerana dia mengambil pendirian yang betul di dalam menolak pengaruh falsafah dalam kehidupan manusia, dalam hal ini sekularisme,” katanya.

Dalam keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), November tahun lalu, Zulkifli menang di kerusi Parlimen Jasin dengan majoriti tipis 322 undi dalam saingan empat penjuru.

Kemenangan Pesuruhjaya Pas Melaka itu pecah rekod apabila Jasin yang merupakan kubu BN sejak merdeka telah ditembusi parti pembangkang.

Tiada ulasan: