"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS tidak boleh monopoli perjuangan Islam

HarapanDaily.com

Perjuangan Islam tidak boleh dimonopoli, bukan melalui Pas sahaja

AKMAL MANAF

Timbalan Pengerusi AMANAH Kelantan, Che Ibrahim Mohamed menyifatkan perjuangan Islam boleh ditegakkan melalui pelbagai cara sama ada melalui berdakwah, pendidikan, kebajikan, ekonomi dan kemasyarakatan.

Menurutnya, Islam tidak pernah mensyaratkan ia mesti ditegak dan diperjuangkan melalui gerakan politik sahaja, apalagi hanya melalui parti Pas.

Beliau turut membidas sikap sebuah parti politik yang beridentitikan Islam tetapi tidak seiring dengan perbuatan.

“Politik hanya sebahagian daripada wadah untuk perjuangkan Islam. Ia sama sekali tidak boleh dimonopoli oleh satu puak sahaja, tetapi saling menawarkan yang terbaik untuk masyarakat.

“Menjenamakan sebuah parti politik dengan nama Islam, sedangkan tindak tanduknya banyak bercanggah dengan Islam hanyalah sekadar membalut kebatilan dengan agama, kata-katanya benar, dan hebat tetapi tujuan di sebaliknya adalah kotor dan jahat,” katanya.

Che Ibrahim berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik di Facebooknya, hari ini.

Dalam masa sama, beliau menambah, Raja-Raja Melayu merupakan benteng terakhir untuk menjaga keharmonian hidup beragama dan kesejahteraan orang Melayu.

“Jangan biarkan Islam dan Melayu diporak-peranda oleh parti politik yang merasakan seolah-olah dia ‘tuan’ kepada agama ini, menentangnya dianggap menentang Islam,” bidasnya lagi.

Tiada ulasan: