"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suami putus zakar tuntut ganti rugi RM167,000 daripada isteri

KOSMO!
Aji (kiri) dan Indah (kanan) yang mewakili seorang lelaki (tengah) bagi menuntut ganti rugi daripada isterinya kerana memotong kemaluannya di Solo baru-baru ini. - Foto detikjateng
JAKARTA – Seorang suami di Indonesia menuntut isterinya membayar ganti rugi sebanyak 550 juta rupiah (RM167,017) kerana memotong kemaluannya, lapor portal berita detikjateng semalam.

Tujuan dia menuntut bayaran ganti rugi kerana mahu menggunakan wang itu bagi merawat zakarnya.

Peguambela mangsa, Aji Mastoto berkata, wang itu akan digunakan untuk kos operasi dan penjagaan  kesihatan anak guamnya kerana selepas kejadian alat kelamin mangsa dipotong, dia perlu menjalani rawatan selama setahun. 

Isterinya bertindak memotong kemaluan mangsa di sebuah penginapan di Daerah Jebres, Kota Solo pada Mei lalu kerana kecewa dengan lelaki berkenaan.

Pelaku dituduh melakukan penganiayaan terancang sehingga menyebabkan kecederaan parah dan sabit kesalahan, dia  boleh dihukum penjara sehingga lima tahun. – AGENSI 

Tiada ulasan: