"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Puad Zarkashi: Usah fikir lagi, kerjasama PAS tiada manfaat

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno berkata parti itu tidak perlu lagi memikirkan kerjasama dengan PAS kerana ia tidak akan kekal dan memberi manfaat.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Puad Zarkashi, berkata peluang untuk bermuafakat terlepas sejak Muafakat Nasional (MN) digagaskan selepas PRU 2018 dikhianati PAS.

“Buat masa ini tidak perlu difikirkan lagi kerjasama Umno-PAS. Ia tidak ke mana.

“Asasnya ialah politik. Ia tidak kekal dan tidak bermanfaat,” katanya dalam kenyataan.

Isnin lalu, Isham Jalil yang juga ahli MKT Umno membangkitkan semula isu kerjasama antara kedua-dua parti apabila berkata Ahmad Samsuri Mokhtar boleh menjadi perdana menteri jika Perikatan Nasional (PN) berjaya memujuk Umno bermuafakat semula sebelum PRU16.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu selepas menteri besar Terengganu menang besar di PRK Kemaman menewaskan Barisan Nasional.

Mengulas kenyataan itu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata partinya terbuka dengan cadangan Isham tetapi sebarang kerjasama dengan Umno perlu melalui platform PN – yang turut dianggotai Bersatu.

Selepas PRU14, Umno dan PAS menjalinkan kerjasama bawah MN sebagai usaha penyatuan ummah ketika kedua-duanya dalam blok pembangkang.

Namun, hubungannya tegang apabila PAS menyertai PN diterajui Bersatu, dan mahukan parti serpihan Umno itu turut menyertai MN.

“Justeru, bila kerjasama ini dibangkit semula ia hanya ‘marriage of convenience’ kerana PRK Kemaman. Lebih baik pandang ke depan,” kata Puad.

Tegasnya, Umno akan terus bersama dalam kerajaan perpaduan untuk membangunkan semula ekonomi rakyat dan negara, sementara PN boleh memainkan peranan sebagai pembangkang yang konstruktif.

Tiada ulasan: