"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isteri hamil kejar suami bawa kekasih naik motosikal

KOSMO!
Toyota putih itu merempuh sebuah kedai di Phnom Penh. - Khmer Times
PHNOM PENH – Seorang lelaki di Kemboja merempuh sebuah kedai ketika kereta dipandunya dikejar si isteri yang sarat hamil selepas mengetahui mengenai kecurangannya.

Akhbar Khmer Times melaporkan, kejadian itu berlaku di kawasan Khan Boeung Keng Kang, Phnom Penh sekitar pukul 1.40 pagi (waktu tempatan) kelmarin.

Sumber mengatakan bahawa lelaki itu membawa teman wanitanya keluar pada waktu malam.

Bagaimanapun, isterinya yang sedang hamil enam bulan mendapat tahu mengenai penipuan lelaki
 tersebut.

Ia membuatkan wanita itu nekad mengejar suaminya menggunakan motosikal untuk bersemuka dengannya.

Ketika tiba di kawasan Kao Dai, kereta Toyota Prius 2010 dipandu lelaki tersebut bertembung dengan sebuah kereta lain  lalu melanggar tiang penunjuk arah sebelum merempuh sebuah kedai.

Teman wanitanya kemudian melarikan diri dari lokasi kejadian dan meninggalkannya. – AGENSI

Tiada ulasan: