"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Semua MP, Adun Umno akan terus pertahan Anwar

Malaysiakini

Umno akan terus memperkukuh dan mempertahankan kerajaan perpaduan, tegas Setiausaha Agungnya Asyraf Wajdi Dusuki.

"Mesyuarat (MKT) juga memperakukan bahawa semua ahli-ahli parlimen dan Adun-Adun Umno akan terus mendokong pendirian parti untuk menyokong kepimpinan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku perdana meneri dan kerajaan perpaduan Malaysia,” katanya pada satu kenyataan malam ini.

Kata Asyraf, ketetapan tersebut sebagaimana yang telah diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada 24 November 2022 dan diluluskan sebulat suara oleh perwakilan Perhimpunan Agung umno pada 14 Januari 2023.

Sementara itu, Asyraf juga berkata mesyuarat MKT Umno malam ini juga bersetuju untuk menganjurkan konvensyen kerajaan perpaduan di negeri-negeri bermula Januari tahun depan.

Sebelum ini, seorang anggota MKT Umno, Isham Jalil (gambar, atas) membangkitkan isu kerjasama antara parti itu dengan PAS susulan cadangan Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar diangkat sebagai perdana menteri jika PN berjaya memujuk Umno bermuafakat semula sebelum Pilihan Raya Umum ke-16.

Isham membuat cadangan itu berikutan kemenangan besar Ahmad Shamsuri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman dengan menewaskan BN.

Tiada ulasan: