"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kini Liverpool ditangga kedua liga setelah mengalahkan Fulham 4-3

Bhonline
Pemain Liverpool, Trent Alexander-Arnold meraikan gol kemenangan 4-3 ketika menentang Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, Liverpool lewat malam tadi. – Foto AFP
Pemain Liverpool, Trent Alexander-Arnold meraikan gol kemenangan 4-3 ketika menentang Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, Liverpool lewat malam tadi. – Foto AFP
LIVERPOOL, England: Liverpool menjaringkan dua gol lewat dalam tempoh seminit termasuk gol kemenangan Trent Alexander-Arnold pada minit ke-88 sebelum mengatasi Fulham 4-3 pada aksi Liga Perdana Inggeris lewat malam tadi.

Wataru Endo meledak gol pada minit ke-87, manakala jaringan sulung Alexis Mac Allister dan satu gol sendiri oleh penjaga gol Fulham, Bernd Leno susulan sepakan percuma mengagumkan daripada Alexander-Arnold, melonjak anak buah Juergen Klopp ke tangga kedua carta dengan 31 mata.

"Secara jujur ia kekuatan mental," kata Alexander-Arnold kepada Sky Sports.

"Satu perlawanan yang banyak turun naik. Mendahului dua kali, kemudian jelas ketinggalan dengan kira-kira berbaki lima minit, meraih gol penyamaan dan kemudian gol kemenangan.

"Ia satu perlawanan luar biasa, penuh dengan emosi. Hanya terlalu gembira untuk meraih kemenangan dan berjaya menangani cabaran lawan."

Liverpool berada dua mata di belakang pendahulu Arsenal, manakala Manchester City yang seri 3-3 dengan Tottenham Hotspur ketiga dengan 30 mata. Fulham di tangga ke-14.
Pemain Liverpool, Trent Alexander-Arnold (kiri) merembat masuk gol kemenangan ketika menentang Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, Liverpool lewat malam tadi. – Foto REUTERS
Pemain Liverpool, Trent Alexander-Arnold (kiri) merembat masuk gol kemenangan ketika menentang Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, Liverpool lewat malam tadi. – Foto REUTERS

"Saya tidak fikir saya pernah saksikan satu perlawanan dengan terlalu banyak gol menarik," kata Klopp kepada Sky Sports.

"Kami menjaringkan gol menakjubkan hari ini, tetapi kami dibolosi tiga kali dan kami perlu menyatakan mengenainya juga. Kami bertindak amat bagus dalam perlawanan ini, tetapi ia 2-2 dan memang patut ketika rehat."

Fulham dilihat mampu menamatkan rekod tanpa kalah Liverpool di Anfield dalam liga sejak Oktober 2022 sebelum Mohamed Salah mengumpan kepada Endo yang merembat kencang dari jauh.

Selepas meluru kembali ke tengah, Alexander-Arnold menyambut tandukan Kostas Tsimikas untuk merembat masuk gol kemenangan dari penjuru kotak penalti.

"Saya memang sudah mengagaknya, menyaksikan bola datang ke arah tepi gol," kata Alexander-Arnold. "Saya fikir hanya cuba untuk melakukan rembatan tepat tetapi jelas ia berjaya menerjah jaring. Anda boleh lihat betapa bermaknanya jaringan ini."

Harry Wilson, Kenny Tete dan Bobby De Cordova-Reid menjaringkan gol buat Fulham yang bangkit dua kali selepas ketinggalan satu gol. – REUTERS

Tiada ulasan: