"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Saya bukan ‘Mr H’, Syam

HarapanDaily.com
Saya bukan ‘Mr H’, Syam Ghaz nafi jadi dalang jatuhkan Agus
SITI NUR ZAWANI 

Tiada angin tiada ribut, Mohd Hisyamuddin Ghazali yang juga bekas Timbalan Pengarah JKOM tiba-tiba menjadi sasaran fitnah yang mendakwa beliau sebenarnya ‘Mr H’ yang dicari-cari.

Dakwaan itu muncul selepas seorang blogger yang diburu, Raja Petra Kamarudin memuat naik gambar Hisyamuddin di X dengan dakwaan bahawa Naib Pemuda AMANAH Nasional itu adalah Mr H sebenar.

Hisyamuddin bagaimanapun menafikan dirinya adalah ‘Mr H’ yang menjadi dalang video tular antara bekas ketua pengarah JKOM, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dan Penolong Pegawai jabatan sama, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.

“Saya nafikan fitnah Raja Petra kata saya Mr H!

“Keluar ja mulut dia pasti bohong,” kata Hisyamuddin atau dikenali sebagai Syam Ghaz.

Kata Syam Ghaz, ketika hari sidang media Agus bersama Wahab, beliau sendiri hadir untuk mendengar cerita sebenar yang berlaku.

“Jika saya Mr H buat apa saya datang dengar sekali. Raja Petra perawi politik cap ayam!,” tambahnya lagi.
Syam Ghaz dilihat hadir ketika sidang media Agus dan Abdul Wahab

Sebelum itu dalam ciapan dibuat Raja Petra, blogger itu memuat naik gambar Syam Ghaz yang tertulis; “Nah ini dia Mr. H yang buat komplot jatuhkan Agus”.

Pada 29 November lalu, Abdul Wahab dilapor telah mengesahkan identiti Mr H yang juga seorang pegawai di JKOM, kepada pihak polis.

Sebelum ini Agus mendakwa video tular memaparkan individu mirip dirinya telah diolah dan disunting, dan mereka menjadi sasaran “Mr H”, yang dikatakan memegang jawatan tinggi di dalam jabatan itu.

Tiada ulasan: