"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mak Cik Kemboja, anak didakwa di mahkamah esok

HADI AB. MANAP
MARIYAH YAAKOB (dua dari kanan) berbincang dengan peguam syarikat, Sharifuddin Liwan dalam sidang akhbar di Skudai, Johor Bahru
MELAKA: Pemilik syarikat jahitan pukal, Mariyah Holdings Sdn. Bhd., Mariyah Yaakob, 49, yang mendakwa orang Melayu malas dalam satu video tular baru-baru ini, akan didakwa di mahkamah di sini, esok.

Turut dikatakan bakal dituduh ialah anak lelakinya, Ezuan Hafsham Mohd. Hisyam, 22, yang juga Pengarah Mariyah Holdings Sdn. Bhd.

Terdahulu, polis telah merakam percakapan ahli perniagaan wanita warga Kemboja berkenaan.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, wanita itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada 21 November 2023 dan siasatan dikendalikan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Melaka.

Katanya, seramai lapan individu turut dipanggil bagi membantu siasatan dan dirakam percakapan.

JSJ negeri telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan sesuatu kaum.

Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, Mariyah membuat permohonan maaf secara terbuka bagi menyelesaikan isu itu. – UTUSAN

Tiada ulasan: