"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Remaja mengaku tak salah liwat sepupu 6 tahun

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kemaman hari ini atas pertuduhan meliwat sepupu lelakinya yang berusia enam tahun.

Tertuduh yang berusia 13 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin, menurut Sinar Harian.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan kanak-kanak tersebut di sebuah rumah di daerah ini kira-kira 12.23 tengah hari, 25 Nov lepas.

Dia yang juga pesalah juvana didakwa mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Sharifah Amirda Shasha membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mendekati serta mengganggu mangsa.

Mahkamah menetapkan 3 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sebelum ini, ibu mangsa yang juga ibu saudara tertuduh membuat laporan polis pada 26 Nov lalu selepas mendapati anaknya diliwat.

Susulan itu, polis telah menahannya susulan laporan yang diterima itu.

Tiada ulasan: