"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Marapi meletus: 11 pendaki ditemukan maut

AFP
DEBU susulan letusan Gunung Marapi di Sumatera Barat. FOTO Antara Foto/ Reuters
DEBU susulan letusan Gunung Marapi di Sumatera Barat. FOTO Antara Foto/ Reuters
Jakarta: Penyelamat Indonesia menemukan mayat 11 pendaki susulan letusan Gunung Berapi Marapi di Sumatera Barat, kata seorang jurucakap pada Isnin, sambil menambah tiga pendaki ditemukan selamat.

Terdahulu media melaporkan, gunung berapi itu meletus pada Ahad, memuntahkan abu setinggi tiga kilometer (km).

Gunung Marapi di pulau Sumatera, dengan puncak 2,891 meter (m), sebelum ini dikategorikan pada tahap berjaga-jaga, tahap ketiga tertinggi dalam sistem amaran empat tahap di Indonesia.

Berikutan itu, pihak berkuasa mengenakan zon pengecualian di sekitar kawahnya.

Salah seorang daripada mereka yang sebelum ini dilaporkan berusaha menuruni gunung itu adalah pelajar berusia 19 tahun, Zhafirah Zahrim Febrina.

Ibunya Rani Radelani sempat berkongsi video anak perempuannya yang dilihat dikelilingi abu dan merayu bantuan.

"Dia (hantar) WhatsApp. Dia berkata dia tidak mempunyai apa-apa kekuatan. Dia mendaki sejak Jumaat," kata ibunya kepada AFP.

Ketua agensi pemuliharaan sumber asli Sumatera Barat, Dian Indriati, dalam satu kenyataan video berkata, pasukan menyelamat melakukan pemindahan pendaki dari gunung itu.

"Semoga tiada kematian dan semua orang selamat," katanya.

Pada masa itu, beliau dilaporkan berkata, 70 pendaki mendaftar masuk sejak Sabtu melalui sistem tempahan dalam talian.

Bagaimanapun, agensi bencana tempatan kemudian memaklumkan 47 pejalan kaki berada di gunung itu, dengan 28 masih perlu dipindahkan.

Sesetengah pendaki juga mungkin tidak memaklumkan pihak berkuasa mengenai kedatangan mereka apabila memasuki atau meninggalkan kawasan berkenaan, jadi bilangan sebenar pendaki masih tidak diketahui.
-hmetro 

Tiada ulasan: