"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kedah: Kes hubungan sulit dengan isteri orang: 6 lelaki termasuk remaja dituduh merusuh

Noorazura Abdul Rahman
am@hmetro.com.my

Sungai Petani: Enam lelaki termasuk seorang remaja bawah umur didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan merusuh di depan sebuah hotel pada Isnin lalu.

Kesemua tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa secara serentak di hadapan Majistret Noor Fazlina Musa.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Sharizal Ngazawan, 42; Mohd Nawawi Azmi, 35; Muhammad Sufyan Johan Panggi, 25; Mohamad Muhaimin Mahmud, 33; Zulkupli Mohamed, 33, dan seorang remaja bawah umur berusia 16 tahun didakwa secara bersama berhimpun secara berkumpulan dan mencederakan seorang lelaki iaitu tertuduh pertama, Muhammad Sharizal.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di depan sebuah hotel di Jalan Padang Temusu di sini, kira-kira 1 tengah hari pada 27 November lalu.

Berikutan itu, semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
ANTARA tertuduh yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani. FOTO Noorazura Abdul Rahman
ANTARA tertuduh yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani. FOTO Noorazura Abdul Rahman
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Preeyaa, manakala semua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Farah Adnin.

Mahkamah membenarkan jaminan RM2,000 ke atas setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan remaja terbabit dibenarkan jaminan RM1,500 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 7 Januari depan sebagai tarikh jatuh hukum.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan enam lelaki ditahan kerana merusuh tanpa senjata selepas isteri seorang daripada mereka dikatakan menjalin hubungan sulit dengan lelaki yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Tiada ulasan: