"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terjawab kenapa Hadi Awang pertahankan Aman Palestin

Terjawab kenapa Hadi Awang pertahankan Aman Palestin

SITI NUR ZAWANI 

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan golongan munafik termasuk dalam kalangan mereka yang menyusahkan sumbangan kepada umat Islam.

Beliau menyebut, ini termasuklah sekatan terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyumbang kepada rakyat Palestin.

“Termasuk juga dalam kalangan mereka (munafik) ialah yang menyusahkan sumbangan kepada umat Islam dengan berbagai kerenah sekatan, seperti mana yang berlaku pada hari ini terhadap NGO yang menyumbang kepada Palestin yang menjadi mangsa kezaliman Yahudi Zionis.

“(Sekatan dibuat) bukan kerana salah laku, tetapi kerana beberapa kesilapan teknikal yang tidak merosakkan niat, dasar, dan sasarannya. Sepatutnya, urusan mereka dipermudah dan kesilapan teknikal itu diperbetul,” kata Abdul Hadi.

Abdul Hadi dipercayai merujuk kepada pembekuan akaun milik Aman Palestin kerana didakwa menyeleweng dana awam sebanyak RM70 juta.

Aman Palestin disebut-sebut mempunyai kaitan dengan Isma kerana Pengarah badan amal itu merupakan mantan pengarah di Isma iaitu ustaz Abdullah Zaik.

Perkara ini bukan rahsia lagi kerana nama ustaz Abdullah tertulis di laman sesawang profil pejabat utama Aman Palestin.

Isma pula merupakan sebuah NGO yang selama ini menjadi penyokong tegar Pas.

Kesimpulan itu menjawab banyak persoalan mengapa Pas terus mempertahankan Aman Palestin yang sedang dalam siasatan.

SPRM pada 28 November lalu mengesahkan membeku sebanyak 41 akaun bank syarikat pertubuhan Aman Palestin bernilai RM15,868,762.

Pembekuan itu dilakukan selepas SPRM menjalankan siasatan terhadap dakwaan Aman Palestin menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai.

Tiada ulasan: