"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

10 janda warga asing berpesta liar dengan pekebun durian

Zazrina Zainuddin
IMG_6861-681x453

Kesemua suspek ditahan dalam serbuan pesta liar di Bentong semalam
KUANTAN – Seramai 10 orang ibu tunggal warga asing merupakan antara 28 yang ditahan dalam serbuan parti liar di  Tras, Bentong awal pagi semalam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kesemua suspek dicekup Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang dalam serbuan pada pukul 12.05 pagi di sebuah inap desa di situ.

“Dalam serbuan pesta liar itu, seorang remaja warga tempatan berusia 19 tahun yang merupakan pekebun durian juga ditahan, selain 11 lelaki warga tempatan yang lain berusia sehingga 44 tahun.

“Keseluruhan seramai 13 wanita warga Thailand dan tiga warga Laos juga ditahan di inap desa yang disewa dengan kadar RM4,000 sehari itu,” katanya.

Beliau memberitahu pemberita ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Pahang Disember 2023 di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini pagi ini.

Menurut Yahaya, ujian saringan awal ke atas kesemua saspek juga dapati positif dadah jenis amphetamine dan ketamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua suspek yang direman akan dituduh di Mahkamah Majistret Bentong hari ini. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: