"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Bekas Penolong Pengarah MPKB-BRI didakwa cabul wanita

Hidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my
Bekas Penolong Pengarah di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI),  Syahrul Nizam Shuib, 45, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dua pertuduhan mencabul kehormatan wanita berusia 23 tahun di sebuah pejabat MPKB. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Bekas Penolong Pengarah di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Syahrul Nizam Shuib, 45, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dua pertuduhan mencabul kehormatan wanita berusia 23 tahun di sebuah pejabat MPKB. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Kota Bharu: Bekas Penolong Pengarah di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua tuduhan mencabul kehormatan wanita, Oktober lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Syahrul Nizam Shuib, 45, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan wanita berusia 23 tahun di sebuah pejabat MPKB, kira-kira 9.30 pagi, pada 12 Oktober 2023.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa melakukan perkara sama di pejabat yang sama, kira-kira 9.30 pagi, 26 Oktober 2023.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Syazalia Che Suhaimin, manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Fariduddin Mat Noor.

Terdahulu, Muhammad Fariduddin memohon mahkamah mengenakan ikat jamin minimum kepada anak guamnya kerana tertuduh menanggung seorang isteri, dua anak dan ibu bapa yang sudah uzur.

Katanya, anak guamnya tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan seorang pekerja yang memberi komitmen kepada tugas.

"Saya yakin anak guam saya tidak akan mengganggu mangsa, keluarga dan saksi kes," katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula.

Tiada ulasan: