"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Amaran tingkah laku aneh haiwan peliharaan ketika gerhana matahari

KOSMO!
GAMBAR fail menunjukkan gerhana matahari di Pulau Balut, Filipina pada Disember 2019. - Foto AFP
WASHINGTON – Seorang pakar haiwan Amerika Syarikat (AS) memberi amaran tentang perubahan tingkah laku haiwan peliharaan ketika berlakunya gerhana matahari minggu depan, lapor portal berita Daily Star semalam.

Gerhana penuh itu akan menyebabkan beberapa buah negeri di utara AS  bergelap untuk seketika petang Isnin ini apabila Bulan berada di antara Matahari dan Bumi.

Pakar sains biologi Universiti Negeri Carolina Utara,  Profesor Dr. Adam Hartstone-Rose berkata, tingkah laku haiwan berubah secara dramatik semasa fenomena tersebut, namun .puncanya  tidak diketahui.

Bercakap kepada saluran berita CNN, Hartstone-Rose berkata: “Mungkin ia disebabkan oleh pelbagai perkara. Kami berharap agar anak-anak akan melihat anjing peliharaan mereka di halaman rumah sama ada ia berkelakuan ganjil ketika gerhana.”

Menurutnya, kebanyakan haiwan bertindak balas terhadap cahaya yang semakin malap akibat  gerhana dengan cara seperti sudah tiba masanya untuk ia berehat dan tidur.

Sebaliknya, kata pakar berkenaan, haiwan nokturnal (aktif pada malam hari) akan bangun dan aktif ketika gerhana berlaku. 

Gerhana Matahari sangat mengujakan,” ujarnya. – AGENSI

Tiada ulasan: