"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Ore Kelate perlu siap sedia, Pasir Mas, Tumpat dijangka sambut Aidilfitri tanpa bekalan air

SITI NUR ZAWANI

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mengeluarkan satu pengumuman baharu berkaitan gangguan bekalan air yang dijangka bakal memberi kesan kepada penduduk di jajahan Pasir Mas dan Tumpat pada Aidilfitri ini.

Berdasarkan satu hantaran dimuat naik di Facebook, AKSB berkata gangguan itu berikutan pengurangan air mentah di Loji Rawatan Air (LRA) Kelar disebabkan oleh paras air di muka sauk Sungai Kelar menyusut akibat kemarau.

Gangguan bekalan itu dijangka akan melibatkan 48,635 pemilik akaun.

“Antara kawasan di Pasir Mas yang terlibat ialah Meranti, Kelar, Lemal, Gual Tinggi, Lubok Jong, manakala Tumpat keseluruhan kawasan,” kata kenyataan itu.

Menurut AKSB lagi, kerja-kerja penyelenggaraan dijangka selesai pada 15 April serta bergantung kepada situasi semasa paras air Sungai Kelar.

Oleh itu katanya, AKSB akan membuat penghantaran air melalui lori tangki dan tangki statik kepada pengguna yang terjejas.

Bagaimanapun AKSB dalam kenyataan terbarunya memberi jaminan gangguan bekalan air yang berlaku akan pulih sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Jabatan Korporat AKSB berkata, ketika ini pihaknya sedang bertungkus-lumus menyelesaikan masalah tersebut yang terkesan akibat fenomena El Nino dan kemarau.

“Antara usaha yang kita ambil ialah pemasangan pam tambahan di luar muka sauk, kerja pembersihan muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Kelar dan penyelenggaraan telaga jejari Semuba 1.

“Selain itu, kita turut mendapatkan bantuan khidmat lori tangki daripada rakan operator jika keadaan kritikal ini berterusan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tiada ulasan: